Sumai Shila Amzah, Ubai dilihat tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika sesi bergambar memegang potret arwah ibunya, Rohani Jamal. Menerusi video ‘live’ majlis akad nikah itu, Ubai menangis namun ditenangkan oleh isterinya.
Malah, Shila juga turut sama-sama mengelap pipi akibat dibasahi air mata ketika sesi bergambar itu. Di ruangan komen, rata-rata peminat turut bersedih dan mendoakan agar Ubai tetap kuat dan terus gembira dan bahagia kerana sudah mempunyai pasangan hidup untuk menemaninya selepas ini. Sekadar info, ibu Ubai, Allahyarhamah Rohani Jamal telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Ahad, 30 Julai jam 6.45 petang akibat penyakit kanser. -CARI |
ReginaGeorge replied at 5-8-2023 01:28 PM
Manis sentuman Ubai. Patutlah silat terghodah…
ADVERTISEMENT