CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

ND Lala Terus Tinggalkan Majlis Selepas Nikahkan Shila Dan Ubai, Nak Ambil Gambar Keluarga Pun Tak Sempat

5-8-2023 01:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10353| Komen: 65

Datuk ND Lala terus meninggalkan majlis pernikahan Shila Amzah sejurus selesai menikahkan anak perempuannya itu dengan Ubai.

Perkara itu turut disahkan sendiri oleh salah seorang petugas majlis yang berlangsung di Boathouse Ampang itu yang memaklumkan ND Lala sudah pulang selepas upacara pernikahan.


Ketiadaan ND Lala mula disedari selepas pengacara majlis yang juga penyampai radio, Muaz meminta bapa pengantin perempuan dan lelaki naik ke pelamin untuk bergambar kenang-kenangan bersama pasangan mempelai.

Foto: mStar

Bagaimanapun, bapa Ubai ditemani oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Taman Tun Razak Ampang iaitu Mohamad Khairi Hussein untuk bergambar.

Ibu Shila iaitu Datin Fauziah Sarman kemudiannya naik ke pentas untuk bergambar namun hanya ditemani oleh anak lelakinya iaitu Amir Syahir tanpa kehadiran ND Lala dan dua lagi anaknya iaitu Amir Syafiq dan Nur Syuhada Amzah.


Majlis itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube Shila.

Pada pagi Sabtu, Shila selamat bergelar isteri kepada Ubai dengan sekali lafaz wang mas kahwin sebanyak RM20,000.

Foto: mStar

Pada 27 Mei lalu, Shila mengikat tali pertunangan dengan Ubai yang diraikan dalam sebuah majlis tertutup dihadiri hanya rakan rapat dan saudara terdekat.

Kemunculan ND Lala pada majlis pertunangan mereka menarik perhatian sekali gus memberi bayangan kemelut melandanya sekeluarga sudah kembali pulih.

Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Shila memberi gambaran status hubungan ibu dan bapanya masih lagi sebagai sepasang suami isteri berdasarkan maklumat pada borang pernikahannya dengan Ubai yang diisi bapanya sebagai wali.

Shila memberitahu bapanya hadir ke majlis pertunangannya atas dasar tanggungjawab dan ikatan kekeluargaan.

Bagaimanapun, Shila enggan mengulas lanjut tentang hubungan ibu dan bapanya itu, malah mengakui dirinya tidak ambil tahu urusan peribadi mereka.

Foto: mStar

Pada 1 April lalu, Fauziah memuat naik foto seorang wanita termasuk mendedahkan namanya di Instagram dipercayai individu yang menjadi perosak rumah tangganya.

Fauziah pada 3 April lalu juga hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dipercayai bagi tujuan memfailkan penceraian terhadap ND Lala, namun dinafikan adik Shila iaitu Syada Amzah.

Untuk rekod, ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 62, mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada tahun 1989.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asfaz 5-8-2023 01:08 PM
sombong nya Pak lalat ni. Tak bagi muka langsung kan besan baru. Memalukan betul
Quote Manusiabesa 5-8-2023 01:09 PM
Baruanya.bapak apa gini
Quote selipar_hijau 5-8-2023 01:12 PM
Dia pun menyampah agaknya duduk situ lama2. Jadi bahan cercaan org juga nanti. Baik balik
Quote LadyCarefree 5-8-2023 01:17 PM
Ubai ada bapa rupanya.

Dah kenapa cadar dan abangnya tak datang?
Quote Suchi 5-8-2023 01:18 PM
Atleast amik la gambar dulu, besan ko tu baru bini meninggal minggu lepas masih gagahkan diri utk teruskan majlis nikah anak.

Nih la masalah bila bercerai dh jd mcm dosa besor ke kalau amik gambo sesama ngn anak nantu dan ex wife?
Yg bercerai mak ngan ayah, tp bkn ngn anak2.
Sepatutnya takda apa yg berubah, kecuali mak ayah dah tak tinggal sebumbung.
Quote guesswho09 5-8-2023 01:21 PM
Shila sebelum ni janda
so kalau bapak tak jadi wali tak apa kan?
boleh berwalikan hakim?
Quote ReginaGeorge 5-8-2023 01:21 PM
Kuah tumpah atas nasi, mcm tu lah..
Quote jalfa 5-8-2023 01:28 PM
Jahatla bapa....jadi fake sikit boleh tak.hati bahagia anak ko tu...
Quote merah_arjuna 5-8-2023 01:32 PM
Bini muda warning dah
Quote JunkMail 5-8-2023 01:33 PM
Dramaaaaaaaaaa... Takyah tunjuk kat public la kalau gaduh satu family pun.
Quote virgo19 5-8-2023 01:40 PM
Toksiknya famili ni.
Quote truesonic 5-8-2023 01:43 PM
Laku keras sheila ni
Terus nikah dgn org mudo
Quote katakauu 5-8-2023 01:47 PM
guesswho09 replied at 5-8-2023 01:21 PM
Shila sebelum ni janda
so kalau bapak tak jadi wali tak apa kan?
boleh berwalikan hakim?

boleh tp leceh nk buat permihonan  tu lgpun watpe bapak hidup lg kan.
janda nk nikah lg ker mcm mcm kena sediakan  hawau endylala ni
Quote MisXoXo 5-8-2023 01:59 PM
Nd lala nk elakkan dia yg jd punca wartawan kejar di majlis anak sndiri.baik dia chow..ok juga bah tu..bagus juga nk elakkan dari kena attack.nti rosakkan majlis anak dia sbb ank dia yg ptt jd limelight.rasanya ok ja ni nd dgn family ubai ..mereka off ja drpd radar org..selamat pantin baru shila..
Quote putericahaya999 5-8-2023 02:00 PM
Memang jahat laaaaa
Quote anony-mous 5-8-2023 02:13 PM
Suchi replied at 5-8-2023 01:18 PM
Atleast amik la gambar dulu, besan ko tu baru bini meninggal minggu lepas masih gagahkan diri utk te ...

I rasa mak xila kot xnk bapak dia ada. Kes iols, mak xde sbb xnk ada sekali dgn bapak iols walaupon dah lama cerai
Quote anony-mous 5-8-2023 02:14 PM
Jgn la salahkan lalat plak. Mgkin permintaan mak xila cenggitu. Yg x pernah ada broken family mgkin xkn paham
Quote noell 5-8-2023 02:25 PM
ntah2 dia tak sempat nak prepare powerpoint presentation kalo wartawan tanya
Quote Lagubestbest 5-8-2023 02:30 PM

ex-MLMer.. boleh bayang betapa baruanya dulu nipu orang keliling.

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.056986 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top