Anak perempuan Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana mencuri perhatian ramai apabila gelagatnya bersolek sebelum keluar menonton wayang tular di TikTok baru-baru ini. Aksi comel Aaisyah yang leka memakai bedak itu dirakam oleh ibunya dan meraih lebih tiga juta tontonan.
Bukan hanya video bersolek, gelagat Aaisyah memakai topeng muka milik ibunya juga mencuit hati ramai, namun ada yang berpendapat aktiviti tersebut ‘terlalu dewasa’ untuk kanak-kanak berumur sembilan tahun. “Amboi pandainya dia bersolek, sudah dewasa anak dara Che Ta,” seloroh netizen. “Teknik solekan dan cara dia pegang berus memang seperti profesional. Sekali imbas seperti lihat Zain Saidin pula sedang bersolek,” komen pengguna TikTok. -CARI
Sumber: Kosmo
|
swimswim replied at 5-8-2023 11:33 AM
Annoying nya budak ni. Dgn menjeling2 mata lagi. Aku cucuk bijik mata tu kang
dua_chzy replied at 5-8-2023 11:20 AM
Bakal2 influenza annoying di masa hadapan.
ADVERTISEMENT