CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilik Kedai Runcit Racun Makanan Pesaing, 10 Pelanggan Sakit

4-8-2023 09:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3380| Komen: 3

Beijing: Seorang pemilik kedai runcit di wilayah Zhejiang, timur China ditahan kerana meracuni produk makanan yang dijual oleh premis saingannya sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 10 pelanggan sakit, lapor akhbar South China Morning Post (SCMP) semalam.


Pemilik kedai itu merupakan seorang lelaki itu dan dia ditahan polis selepas melakukan perbuatan tersebut pada Jun lalu di premis perniagaan saingannya yang terletak bersebelahan serta dimiliki oleh seorang wanita.

Pihak polis mengenal pasti suspek meracun kek selepas memeriksa rakaman CCTV di Zhejiang baru-baru ini. - SCMP/Douyin

Seorang pelanggan dengan nama keluarga Li telah membeli kek daging gulung di kedai wanita itu pada 13 Jun lalu. 

Selepas memakan makanan itu, dia dan sembilan pelanggan lain mengalami pening kepala dan muntah.

Li kemudian menghubungi polis dan siasatan mendapati dia dan mangsa lain diracun dengan natrium nitrat. 

Bahan kimia industri itu boleh menyebabkan sakit kepala, pening, muntah, pengsan, kesukaran bernafas dan dalam beberapa kes boleh menyebabkan  kematian.

Polis mengenal pasti suspek selepas memeriksa rakaman sistem televisyen tertutup (CCTV) di kedai wanita itu yang dipasangnya. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 4-8-2023 09:40 PM
Ingatkan melayu je ada PHD ni
Quote antikorok 4-8-2023 10:41 PM
Bangang namampos. Marahkan nyamok, kelambu dibako. Marahkan pesaing, pelanggan jadik mangsa.
Maknoosia laknat! Puihh

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.028740 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top