CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Dalam Guni Di Serdang

4-8-2023 09:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3373| Komen: 6

Serdang: Seorang lelaki warga India panik selepas menjumpai mayat seorang lelaki diletakkan dalam guni di tapak besi buruk Taman Bukit Serdang, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada seorang pengadu iaitu petugas kaunter aduan Balai Polis Seri Kembangan kira-kira pukul 1.57 tengah hari.


Mayat lelaki ditemui orang awam di tapak besi buruk Taman Bukit Serdang, tengah hari tadi.

Jelasnya, satu laporan telah dibuat oleh orang awam berhubung penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring dan disyaki telah meninggal dunia di kawasan terbabit.


“Kita masih belum dapat mengenal pasti identiti sebenar si mati.

“Mayat yang dijumpai disyaki dibunuh dan dimasukkan ke dalam sekarung guni plastik (beg jumbo) berwarna putih di tapak stor penyimpanan besi buruk berkenaan.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Serdang dan bedah siasat akan dijalankan pada esok bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, siasatan kes diteruskan untuk mengesan dan menangkap kesemua suspek terlibat yang dipercayai masih bebas.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 4-8-2023 09:29 PM
Gila betul. Makin byk plak kes mcm ni.
Quote B40tastePosh 4-8-2023 09:39 PM
Tak bayar hutang la tu...
Quote edayildiz 4-8-2023 09:44 PM
tktnyaa..i selalu terfikir kita keluar kerja pg pg tu..adakah kita akan balik lg..buatnya kena culik dan ....
seramnya..
Quote nini_azmi 4-8-2023 10:55 PM
Senangnya bunuh2 sekrang. Salah satu faktor lmbakan pendatang.
Aritu yg kena potong2 tu pendatang juga
Quote Skuau 4-8-2023 10:57 PM
nini_azmi replied at 4-8-2023 10:55 PM
Senangnya bunuh2 sekrang. Salah satu faktor lmbakan pendatang.
Aritu yg kena potong2 tu pendatang ju ...

Msia voley!

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.152639 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top