CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Jika Ada Yang Jual Nama, Sembah Pada Saya' - Tengku Hassanal

4-8-2023 09:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5125| Komen: 21

Pekan: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengingatkan agensi penguatkuasaan di Pahang supaya tidak mengambil rasuah dan sentiasa menjaga integriti mereka.


Baginda bertitah agensi berkenaan perlu menjalankan penguatkuasaan dengan bersungguh-sungguh selain bertindak tegas termasuk dalam usaha memastikan alam sekitar, flora dan fauna di Pahang sentiasa terjaga.


"Saya ada bersama anda, jangan risau. Jangan ambil rasuah dan sentiasa jaga integriti, jika ada yang jual nama sembahkan kepada saya. Tiada yang kebal daripada undang-undang, yang salah tetap salah, tidak kira kerabat, orang politik mahupun rakyat.

"Kepada semua ahli kerabat, segala projek berbentuk usaha sama dengan kerabat negeri lain mesti mendapat perkenan saya terlebih dahulu...begitu juga kepada semua ahli politik, projek pembangunan perlu disembah maklum dan mohon perkenan daripada saya," titah baginda.


Baginda bertitah demikian semasa menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang bersempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke - 64 Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis santapan yang berlangsung selepas istiadat pengurniaan.

Selain itu, Tengku Hassanal bertitah Kerajaan Persekutuan perlu mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Negeri Pahang terlebih dahulu berhubung sebarang projek pembangunan.

"Kepada Jabatan Alam Sekitar pula, saya mahu laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) disembah maklum terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kesemua isu dan projek yang disembah maklum akan saya sembahkan ke sisi ayahanda (Al-Sultan Abdullah) untuk mendapat perkenan," titah baginda.

Sebagai pewaris takhta negeri Pahang, Tengku Hassanal bertitah baginda tidak berhasrat untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan, namun mahu menjadi pihak berkepentingan utama dalam melaksanakan semak dan imbang kepada pembangunan yang akan dilaksanakan.

"Saya mahu prosedur ini terus dilaksanakan walaupun ketika saya menjadi Tengku Mahkota semula agar semua pembangunan yang dirancang akan memberikan manfaat yang terbaik kepada rakyat dan alam sekitar kekal lestari," titah baginda.

Ketika bertitah, Tengku Hassanal turut menyentuh mengenai sentimen 3R iaitu agama, institusi diraja dan kaum yang menjadi kebimbangannya selain bertegas tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak memainkan isu berkenaan di Pahang.

Selain itu, baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada 104 penerima darjah kebesaran dan pingat hari ini serta mengingatkan mereka supaya tidak lupa diri, sombong, riak dan angkuh.

"Saya tidak akan teragak-agak untuk menarik semula darjah kebesaran yang telah dikurniakan sekiranya terdapat salah laku dalam kalangan penerima," titah Tengku Hassanal.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika membacakan ucapan sembah ikrar taat setia berkata Al-Sultan Abdullah menunjukkan keperibadian mulia apabila sering berdampingan dengan rakyat tanpa protokol ketat.

Malah Wan Rosdy berkata menerusi Yayasan Al-Sultan Abdullah, baginda telah berkenan mengurniakan rumah secara percuma kepada rakyat yang terpaksa menanggung kesusahan disebabkan kediaman mereka rosak atau musnah akibat bencana selain rumah yang terlalu usang dan tidak boleh didiami lagi.

"Sifat mulia Al-Sultan Abdullah telah terserlah diwarisi oleh Pemangku Raja Pahang yang sentiasa berdampingan dengan rakyat serta bertanya khabar dan turut menyantuni mereka dalam apa jua keadaan," katanya.


Sumber: Bernama



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 4-8-2023 09:10 PM
Lucu nya...teringat mak dia celup kain Tenun Pahang dalam air bauksit sebagai pewarna alami.



Quote mawardia 4-8-2023 09:20 PM
Entahlah Tengku.
Tak boleh husnuzon.
Ampun tengku.
Quote shamsadis 4-8-2023 11:07 PM
tulis lebih2 kang ke dalam
Quote Orix 4-8-2023 11:45 PM
Chini Lake tersenyum sinissss
Quote kotakominami 5-8-2023 12:10 AM
Hmmmmm....
Quote kawaiichicken 5-8-2023 04:15 AM
acik paridah  dah kahwin ke belum ngan dia
Quote dua_chzy 5-8-2023 05:37 AM
Bestnya jadi anak raja.

Bodoh cemana pon, still dipandang tinggi.
Quote dua_chzy 5-8-2023 05:38 AM
Ada ke anak raja top scorer di negara ini uols?
Quote soy_beans 5-8-2023 06:51 AM
Bagusnya ada pemikiran mcm ni. Memikirkan ttg alam sekitar.
Quote otai_g 5-8-2023 07:24 AM
Last2 penjawat awam yg dpt musibat bila sentuh gangster yg ada payung emas. Kabel payung emas jgn diusik ya pak.
Quote pu3_rania 5-8-2023 07:27 AM
dua_chzy replied at 5-8-2023 05:38 AM
Ada ke anak raja top scorer di negara ini uols?

Aku suka dengan anak2 Yamtuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz iaitu Tunku Zain dan Tunku Ali yang educated, low profile dan humble
Quote missyL 5-8-2023 07:39 AM
Iols x jeles kt artis ke
Influenza ke

Tp jeles ngn yg born into royal nie
Sama je semua Tp darah je lain.
Untung ye uols semua yg Royal blood nie
Quote missyL 5-8-2023 07:41 AM
dua_chzy replied at 5-8-2023 05:37 AM
Bestnya jadi anak raja.

Bodoh cemana pon, still dipandang tinggi.

Kan uols

Sembah2 bagai

Ttp di pandang tinggi

Tgok raja thai tu
Klo org biase xde sapa pandang
Quote missyL 5-8-2023 07:43 AM
soy_beans replied at 5-8-2023 06:51 AM
Bagusnya ada pemikiran mcm ni. Memikirkan ttg alam sekitar.

Hmmm

Bole je nk ckp ape je
Tp xleh tipu bumi

Nti sekali bumi tunjuk bukti. Seram

Ampun tuanku
Quote dua_chzy 5-8-2023 07:43 AM
pu3_rania replied at 4-8-2023 11:27 PM
Aku suka dengan anak2 Yamtuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz iaitu Tunku Zain dan Tunku Ali y ...

Yang ni memang jarang kena up2.
Quote dua_chzy 5-8-2023 07:44 AM
missyL replied at 4-8-2023 11:39 PM
Iols x jeles kt artis ke
Influenza ke


Sama la. Memang jeles hokey.
Quote dua_chzy 5-8-2023 07:44 AM
missyL replied at 4-8-2023 11:41 PM
Kan uols

Sembah2 bagai

Raja Thai tu kalau orang biasa di zaman sekolah menengah, dah lama kena tumbuk sepak terajang sebab annoying nak mampus.
Quote missyL 5-8-2023 07:45 AM
dua_chzy replied at 5-8-2023 07:44 AM
Sama la. Memang jeles hokey.

Kannn
No matter what they said
Angguk2 je laaa
Ckp lbih2 kite ni org biase.
Org yg x kalis undang2 lol
Quote missyL 5-8-2023 07:49 AM
dua_chzy replied at 5-8-2023 07:44 AM
Raja Thai tu kalau orang biasa di zaman sekolah menengah, dah lama kena tumbuk sepak terajang seba ...

Tulah

Rakyat die pn merata hiba mase ayah die meninggal

Risauu kot dah thu penganti nye cmne lol

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.256387 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top