CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Baddrol Belum Jadi YB Dah Membelit'

4-8-2023 07:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4069| Komen: 23

Bekas tonggak tengah Sabah FC yang bakal bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar menepis pertanyaan mengenai manifesto dengan meminta orang ramai mengundinya terlebih dahulu sebelum boleh memaklumkan visinya di kawasan tersebut.



IG

Respons calon Perikatan Nasional (PN) itu berhubung manifesto baru-baru ini, dianggap kurang bijak dan tidak mempunyai prinsip sekali gus gagal menunjukkan watak pemimpin yang berpotensi di DUN Gurun.

Meskipun dikecam, bekas ketua pasukan Kedah itu tampil mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa tindakannya itu adalah untuk mengelak daripada menabur janji manis kepada penduduk di Gurun.



"Kalau kita cakap pasal manifesto sekalipun, kita rungkai satu persatu, tetapi saya ini jenis tak banyak cakap. Kalau saya cakap banyak pun, manifesto tu saya tak buat. Orang akan cakap (saya ini) cakap bagi harapan, janji sana sini, tapi tak buat.

"Calon sebelum ini pun, dia bentang semua manifesto tapi apa pun tak buat. Saya tak mahulah benda itu jadi pada diri saya," katanya dalam satu klip ketika berkempen sempena PRN.

Jawapan pemain yang mewakili PAS itu bagaimanapun masih lagi mendapat kecaman hebat daripada warganet dan menyifatkan Baddrol adalah seorang yang tidak berani membawa perubahan di Gurun.




Seperti yang dilontarkan oleh pengguna Twitter, Amran Fans menggesa agar Baddrol menyenaraikan manifesto untuk penduduk Gurun untuk membuktikan bahawa dia bukan sekadar 'menanam tebu ditepi bibir'.


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissYouSayang 4-8-2023 07:46 PM
Sangkak betul walanon meranbabi fan ni...dok kata badrol tu membelit tp paknon kaki spin kaki liwat takpe plak ..saya ulammmm
Quote Belibis 4-8-2023 08:11 PM
MissYouSayang: Sangkak betul walanon meranbab ...

Penyokong madanon nak dengar janji manis dulu...sekurang2 tido boleh lena.buat atau tak ,belakang cerita.[em:3:]
Quote CiliPadiSedap 4-8-2023 08:20 PM
Belibis replied at 4-8-2023 08:11 PM
Penyokong madanon nak dengar janji manis dulu...sekurang2 tido boleh lena.buat atau tak ,belakang c ...

kita spin dulu 600 billion, bungalow 7 juta, sakau ree, fitnah langkah kajang gulingkan mb.

hoi hoi ya hoi siapa cium penyamun
Quote OshinDaSolja 4-8-2023 08:22 PM
biasa la tu ayat2 penjilat PH/BN yg jeles org lain tercalon...Baddrol relaks je depa yg menggelupur panas pungkoq.... Baddrol ni klah menang dia tak rugi apa pun... dia bole jd penasihat bolasepak Kedah ke coach ke apa ke... yg macai2 PH menggelupur sngt kenapa...klau kau hebat pergi la jd calon melalak memekik kritik org lain kenapa...
Quote Innrukia 4-8-2023 10:03 PM
madanon ni mereng sbb tu depa nak jugak org menipu mcm papanon & piji formula.
biasa minum ayaq kencing, bila x nmpk ayaq kencing rasa pelik teruih naik isim
Quote wirazam 4-8-2023 11:09 PM
Then ko jgn sibuk nak masuk bertandinglah samdoll..
Patutnya ko dah tahu nak tolong mcmana..btw qualification mamat ni mcmana ye
Quote Orix 4-8-2023 11:48 PM
Janji hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamun kewwww
Quote B40tastePosh 5-8-2023 12:04 AM
Tengok muka mcm budak rempit..kalau tanya pasal HDI index...dia boleh cakap maju rempit untuk negara
Quote Minami2013 5-8-2023 12:15 AM
Edited by Minami2013 at 4-8-2023 04:16 PM

Dah dengar dia bercakap.. macam hafal skrip.. Ada org tak pandai cakap sgt, tp nmpak reliable. Tp dia ni...
Quote pengecattaik 5-8-2023 02:16 AM
Quote puan_rohayu 5-8-2023 04:23 AM
Tahun 2023 dah tapi nkpilih Adun mcm nkpilih wakil kampung/taman kau saja .Pakai hentam ambil pemain bola yg ada nama sedangkan ramai lg yg layak,kesian jauh lagi Gurun tu nak maju.Sekian.
Quote itik_magic 5-8-2023 06:10 AM
bagi yg berpendidikan tinggi pun ada yg kaki sakau jugak. yg x berpendidikan tinggi pun ada juga. sama je. yg penting nk jd pemimpin kena jujur dulu. lps tu nk belajar n berusaha tolong rakyat n negara.
Quote G-Pitts 5-8-2023 07:33 AM
Orang macam ni pun PN nak angkat jadi wakil rakyat?
Quote G-Pitts 5-8-2023 07:34 AM
itik_magic replied at 5-8-2023 06:10 AM
bagi yg berpendidikan tinggi pun ada yg kaki sakau jugak. yg x berpendidikan tinggi pun ada juga. sa ...

Badrol ni bukan ada niat nak tolong rakyat pun. Dia pun tak tau apa yang dia nak buat untuk rakyat. Sebab tu manifesto pun tiada.
Quote Pajeri_Nenas 5-8-2023 07:39 AM
Cari la org lain. Yg educated sikit. Org tempatan kan ada
Quote Samerosie 5-8-2023 10:53 AM
Biarlah.  Dia pun sendiri ckp dia nak pertahankan sanusi je tu sbb manifesto dia rahsia.  Sanusi pula banking in on his popularity as a footballer to get vote.  
Quote stingerkentot 5-8-2023 11:19 AM
Calon tangkap muat

Kahahakahkah
Quote slyfynx 5-8-2023 12:30 PM
Edited by slyfynx at 5-8-2023 12:31 PM

This Badrol ke?
Quote laqoyah 6-8-2023 01:10 AM

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.060226 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top