CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Patutlah Lepas 'Jogging', Rupanya Pelari Somalia Anak Saudara Pengerusi Olahraga

4-8-2023 07:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3788| Komen: 17

Kementerian Belia dan Sukan Somalia menuduh Pengerusi Persekutuan Olahraga Somalia, Khadija Aden Dahir melakukan penyalahgunaan kuasa dan nepotisme selepas seorang pelari pecut wanita, Nasra Abubakar Ali menduduki tempat terakhir dan mencatat masa paling perlahan iaitu hampir 22 saat dalam acara larian 100 meter ketika menyertai kejohanan Sukan Universiti Dunia (FISU) di Chengdu, China Isnin lalu.


Menteri Sukan Somalia, Mohamed Barre Mohamud melancarkan siasatan terhadap pemilihan Nasra dengan berkata bahawa Khadija terlibat dalam tindakan salah guna kuasa, nepotisme dan mencemarkan nama negara.


Twitter

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan kemudian diarahkan untuk menggantung tugas Khadija selepas para pengguna media sosial tidak berpuas hati mengenai kaitannya dengan Nasra yang merupakan anak saudaranya.



Mohamud berkata, siasatan yang dijalankan bersama Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan mendedahkan bahawa Nasra bukanlah seorang ahli sukan, mahupun seorang pelari pecut.

Pasukan penyiasat mendapati bahawa tidak ada Persatuan Sukan Universiti Somalia yang berdaftar dan dokumen mungkin dipalsukan bagi membolehkan Nasra bertanding di temasya itu.


Twitter @EGaraad_

“Kementerian dengan tegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Persekutuan Olahraga Somalia dan individu bertanggungjawab berikutan pemalsuan Persatuan Sukan Universiti Somalia,” menurut  satu kenyataan.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 4-8-2023 07:22 PM
Mmg kesian tgk dia terdempap2 lari..gila mak sedara ko
Quote plywood 4-8-2023 07:28 PM
Kelakarnya ada atlet lari mcm tu. Tentu terasa malu melihat wakil negara ketinggalan begitu jauh... baguslah dah disiasat kalau tak memang satu negara tu dah kena mandrem..

Quote airmineral 4-8-2023 09:50 PM
kesian tgk lari cicir jauh sgt tu
tp mmg npk mcm joging level je
bukannya lari pecut
Quote Ayda89 4-8-2023 09:59 PM
Begitu je pengerusi olehraga dia mempermalukan negara sendiri [em:3:]
Quote pearl.silver 4-8-2023 10:53 PM
Bdk tu lembam ke?
Npe lak guna cable nk masuk acara yg ko x layak?
Quote Madel 4-8-2023 10:55 PM
Ni kelakar
terboyak2 dia berlari.

Nko ingat ni sukantara sekolah tadika ke apa
Quote shamsadis 4-8-2023 11:02 PM
negara2 mundur ni, banyak dokumen2 palsu
Quote Orix 4-8-2023 11:50 PM
100m tu 22saat tu kalo bg kat sajat heshe catwalk sajokkk
Quote B40tastePosh 4-8-2023 11:59 PM
Ya Allah... alignment pun tak betul boleh join sukan lari 100 meter.

Mohon warga Somalia laknatullah kan perempuan terkutuk itu.

Quote Carcosa 5-8-2023 12:14 AM
Si debab ni ingat Pakcik dia ke yg jadi penjaga garisan akhir tu?? So kau terkedek2 terkedek2 mcm penguin mabuk, pokcik ko tetap kasi kau Namba 1?
Hah lambertttttt lagi. Dahla gundu, ada hati suruh pokcik dia masukkan acara 100m. Cermin lelemak ko tu dulu dik!! Tak beragak kau. Terus ke acara balapan.
Kalau aku dari Somalia, jumpa dia, aku hempok kan muka dia.
Quote shernazz 5-8-2023 01:16 PM
Baik soh dia masuk.sukaneka lari dalam.guni je
Quote cikatilia 7-8-2023 11:50 AM
kalau sama2 level yg 2nd paling last pon ok la....
Quote kucingitam 7-8-2023 12:36 PM
hahaa...maaplah tergelak tgk ko lari dik...
Quote salimrock 7-8-2023 12:38 PM
shernazz replied at 5-8-2023 01:16 PM
Baik soh dia masuk.sukaneka lari dalam.guni je

tak di galakkan wanita nnti tete k labuh lebih2 lagi yg berbuah besa
Quote talapia 7-8-2023 01:23 PM
shamsadis replied at 4-8-2023 11:02 PM
negara2 mundur ni, banyak dokumen2 palsu

So maybe dia masuk bertanding atas cable makcik la..
tapinya sedarla diri sikit wehh...
kot ye pon nak masuk acara... pilihla.. lontar peluru ke..  takdela nampak sangat.. tak reti.. salah balingan.. batal.
ini.. adoila.. usahkan nak memberi saingan..  orang jogging pon lagi laju. Macam main kejar2 pon ada..
salah sape la tu.. budak tu memang teringin sangat ke.. or sebab nak apa2 point ke apa bila wakil negara agaknya
Quote shernazz 8-8-2023 04:43 PM
salimrock replied at 7-8-2023 12:38 PM
tak di galakkan wanita nnti tete k labuh lebih2 lagi yg berbuah besa


Pakai le sports bra

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.045116 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top