CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wakil Rakyat Malu Seluar Terlucut Ke Buku Lali Ketika Berucap

4-8-2023 05:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3116| Komen: 14

Malu bukan kepalang seorang wakil rakyat yang sedang berucap di hadapan orang ramai termasuk wanita dan kanak-kanak apabila seluarnya terlondeh sehingga ke buku lali.

Kejadian menimpa Javier Borrego itu berlaku di Saltillo, Coahuila, Mexico baru-baru ini semasa pelancaran Projek Nasional 2024-2030 partinya menjelang pilihan raya umum tahun depan.



Seluar dipakai Borrego tiba-tiba terlondeh ketika berucap di hadapan orang ramai. - Foto Agensi

Dalam rakaman video yang tular di media sosial, ahli Parlimen mewakili parti sayap kiri Morena itu dilihat berdiri di hadapan hadirin, mengeluarkan teks ucapan dan membetulkan cermin mata sebelum seluar panjangnya tiba-tiba sahaja terlondeh sehingga menampakkan seluar dalam.

Borrego yang tersipu-sipu memberitahu orang ramai "oh maaf" sebelum meneruskan ucapannya tanpa sebarang insiden lebih memalukan.

Difahamkan, Borrego mengalami susut berat badan selepas menjalani pembedahan bulan lalu selain terlupa memakai tali pinggang.


Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial menjadikan insiden malang menimpa Borrego sebagai bahan jenaka.

"Sekarang mereka mengatakan insiden itu disebabkan oleh serangan daripada parti lawan," kata Lance Luciano.

"Ingatkan dalam cerita kartun je jadi macam ni," komen Sophia Castello.

"Terdapat satu episod dalam The Simpsons yang meramalkan perkara ini," seloroh Sophia Castello.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tungkai 4-8-2023 05:37 PM
Pakai spender kan? Tak luak pun..
Quote drivethru 4-8-2023 05:50 PM
Sejenis ku nan ni.
Quote antikorok 4-8-2023 05:56 PM
Gimik mur mur ke tewww?
Quote antikorok 4-8-2023 05:56 PM
Same vibe gaytuhh

[youtube]UIxgHG6etYw[/youtube]
Quote antikorok 4-8-2023 05:59 PM
Ummah Londong tersenyum sinisss

[youtube]2kMTCnXannI[/youtube]

Quote B40tastePosh 4-8-2023 09:33 PM
Mana bideo terkutuk ituu...i mohon ditepek untuk ditonton
Quote plywood 4-8-2023 09:42 PM
[youtube]xCTKUWUZX0w[/youtube]
Quote Ayda89 4-8-2023 10:15 PM
Nak viral and kutip followers ke [em:4:]
Quote I.K.A888990 4-8-2023 11:46 PM
jadilahhhhh buat femes skejap
Quote B40tastePosh 5-8-2023 12:08 AM
plywood replied at 4-8-2023 09:42 PM

Mohon Ku Nan belikan tali cerut untuk saudara dia itu.
Quote antikorok 5-8-2023 02:50 AM

Siap senyum2 kebangga lagi waktu angkat balik suar tuh gaytuhh

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.094657 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top