CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Dah Tak Pakai Lesen Memandu Fizikal, 2 Lelaki Tak Puas Hati Disaman Di Thailand

4-8-2023 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5092| Komen: 56

Dua lelaki warga Malaysia disaman kerana tidak membawa lesen memandu fizikal sebaliknya hanya mempamerkan lesen digital ketika menunggang motosikal di sebuah daerah di Thailand.

Mereka bagaimanapun tidak berpuas hati dengan tindakan saman pihak berkuasa negara itu dan menegaskan, Malaysia sudah menguatkuasakan lesen memandu digital.





Twitter

Menerusi perkongsian di Twitter Acapkay, dia menjelaskan mana-mana pelancong yang membawa kenderaan sendiri ke Thailand akan disaman sekiranya tidak mempamerkan lesen memandu fizikal.

“Puas aku terangkan yang Malaysia dah tak pakai kad fizikal. Dia kata tak boleh, akhirnya aku dengan Iqbal Asyraff kena saman,” ciapnya, semalam.


Difahamkan, individu warga Malaysia yang memandu di Thailand tidak memerlukan lesen antarabangsa, sebaliknya hanya perlu memiliki lesen sah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bagaimanapun, pada Februari lalu, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan mengumumkan bahawa Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) persendirian diubah kepada mod paparan digital secara berperingkat.



Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, paparan digital tersebut boleh didapati melalui Portal Awam JPJ atau aplikasi MyJPJ.  


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 4-8-2023 05:05 PM
Ini orang Malaysia ibu bapa dari tanah seberang kah?
Quote Antifake 4-8-2023 05:12 PM
Kena ada fizikal. Kalau ko ada kat luar negara passport pakai online apps ka. Menteri pon satu. Nak implement tolong la suruh anak2 buah fikir pro and cons. System sepatutnya menyenangkan orang bukan nak naikkan KPI
Quote esbok 4-8-2023 05:13 PM
aku tau pasal roadtax. lesen pun sama dah ke, daku baru tahu.
Quote mamajawie 4-8-2023 05:15 PM
aku ingat roadtax je rupanya lesen pun pkai digital ye?menyusahkan btul..
Quote Beribear 4-8-2023 05:17 PM
Dekat apps tu ada lesen sekali dia combine siap ada gambar sama mcm kad fizikal. Btw, takde maknanya tak bawak lesen kemana mana sbb lesen tu dah mcm kembar dgn ic
Quote she 4-8-2023 05:18 PM
Benda mudah aje
Digital tu untuk kegunaan dalam negara
Dah di luar negara tu
Bawak ajelah yang fizikal

Takkan itu pun nak kena ajar

Samalah macam melancong
Walau dah booked online hotel patblas bintang pun
Tetap kena bawak printed dokumentasi
Ingat tunjuk fon kat immi tu
Dia nak layan

Koserrrr tauuuuuuuuu
Quote JunkMail 4-8-2023 05:26 PM
Aku baru tau lesen pun pakai softcopy skrg ni...
Ingatkan roadtax je. Roadtax tu walaupun boleh pakai softcopy tetap jua aku tampal kat windscreen sebab aku tak tau macam mana nak tunjuk softcopy kat polis
Quote shernazz 4-8-2023 05:59 PM
Susah sikit la.kalau nak masuk ke tempt yang ada guard..depa ada yang nak lesen yang aktif...
Kosser la.nak.bg ic.kan...
5.tahun.lagi baru iols tukar lesen digital
Quote miszclassique 4-8-2023 06:11 PM
she replied at 4-8-2023 05:18 PM
Benda mudah aje
Digital tu untuk kegunaan dalam negara
Dah di luar negara tu


Maksud acik kena print lesen tu ke?
Takut pihak immi nak yg kad betul2 kad jugak
Setakat print a4 tu dia bagi side eye je nanti
Quote _kelly 4-8-2023 06:18 PM
baru renew lesen haritu ada je lagi fizikal
Quote CiliPadiSedap 4-8-2023 06:29 PM
she replied at 4-8-2023 05:18 PM
Benda mudah aje
Digital tu untuk kegunaan dalam negara
Dah di luar negara tu

fizikal dah tak keluar. idea menyusahkan rakyat. tatakelola mahaldahni
Quote CiliPadiSedap 4-8-2023 06:30 PM
digital ni nyusahkan. sekali handphone hilang sekali tu semua licin.

cubalah buat benda fikir panjang. last2 rakyat susah juga
Quote testly 4-8-2023 06:57 PM
CiliPadiSedap replied at 4-8-2023 06:30 PM
digital ni nyusahkan. sekali handphone hilang sekali tu semua licin.

cubalah buat benda fikir ...

Install or buka jelah apps myjpj tu kat mn2 hp@laptop@tablet yg baru beli or available kat situ. Login jelah account tu, dpt le data tu blk. Bukannya dia simpan data tu terus dlm hp yg tu je.
Quote Gingerly 4-8-2023 07:30 PM
Tis week aku renew lesen, request card dia tak bagi. Terpaksa install apps myjpj yg kepam
Quote MissYouSayang 4-8-2023 08:37 PM
Sebelum  ko nak implement kad digital tu tak survey dulu ke undang2 global ni camne madanon oii..menyusahkan orang jer
Quote hareeeesah 4-8-2023 10:34 PM
Serious question, any other countries yg pakai apps jgk ke malaysia je?
Quote syamzana 4-8-2023 10:41 PM
ya rabbi iols ketinggalan zaman rupanya. tatau pun roadtax+lesen dah ada digital
lesen iols renew utk 5thn ritu (ngam2 after pkp) takde plak suh install apps kejadah sume tu.
roadtax elok je laki iols bg hardcopy suh tepek di kereta. bila start digital bagai ni
Quote edayildiz 4-8-2023 10:43 PM
baru tahu  kita dh pakai lesen digital... roadtax i tau la
Quote nini_azmi 4-8-2023 10:50 PM
_kelly replied at 4-8-2023 06:18 PM
baru renew lesen haritu ada je lagi fizikal

Takut org ni confuse roadtax digital dgn lesen digital. Tak pernah dgr lg lesen digitql
Lps ni ic digital terusla. Takyah dah bwk kad tu kan risau hilang satu hal

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.056245 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top