CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hati Serina Macam Kaca Jatuh, Berkecai Dapat Tahu Cef Wan Hidap Kanser Limfoma

4-8-2023 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3184| Komen: 17

Hati Serina Redzuawan berkecai ibarat kaca terhempas ke lantai apabila bapanya yang juga cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan, 66, disahkan menghidap kanser limfoma, semalam.


Serina, 40, menerusi hantaran di laman sosial Instagram (IG) meluahkan perasaan sedih atas ujian yang menimpa bapanya.


IG

"Semalam, hati saya ibarat kaca jatuh berkecai ke lantai bila dengar pesanan papa memberitahu ada kanser limfoma."

Serina Redzuawan, 40, menerusi hantaran di Instagram (IG) meluahkan perasaan sedih sehingga tidak dapat mengawal air mata atas ujian yang menimpa bapanya.



Serina berkata, bapanya reda atas ujian penyakit yang diterima.

Serina berharap, orang ramai turut mendoakan kesembuhan buat bapanya dan kekuatan untuknya melawan kesakitan.


IG

Semalam, Cef Wan berkongsi dirinya disahkan menghidap kanser limfoma menerusi entri dalam IG.

Cef Wan memaklumkan dirinya kini dalam keadaan stabil kerana kanser dihidapinya masih di peringkat awal.

Katanya, dia didiagnos menghidap kanser selepas menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital, petang semalam.



Dalam pada itu, Chef Wan memaklumkan beliau mempunyai peluang kira-kira 70 hingga 80 peratus untuk sembuh dengan menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 13 kitaran dalam jangka tempoh 13 minggu.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zeatyisaac 4-8-2023 04:40 PM
Semoga dipermudahkan urusan Chef Wan. Aamiin
Quote downiey 4-8-2023 06:44 PM
Semoga dipermudahkan urusan Chef Wan.
Quote apalancut 4-8-2023 06:55 PM
[youtube]YlK6BrL3JfY[/youtube]
Quote makneng 4-8-2023 07:33 PM
Kenapa benang ni ada #digest uolls
Quote dua_chzy 4-8-2023 07:35 PM
Kau la tu antara penyebab papa kau stress sampai prone to kanker.
Quote doubleA 4-8-2023 08:03 PM
Kalau iols jadi serena, iols minta izin tok laki utk jaga cepwan, tak kerja pun takda hal harta apak makan tak habis. Helper ada pun takpa buat la benda lain, tapi iols nak berbakti pada apak. Serena bukan kerja pun kalau tak kerja pun laki/bapak boleh tanggung. Support family sgt penting at least ada di sisi sepanjang masa
Quote 3chanceno 4-8-2023 08:07 PM
doubleA replied at 4-8-2023 08:03 PM
Kalau iols jadi serena, iols minta izin tok laki utk jaga cepwan, tak kerja pun takda hal harta apak ...

Meols sokong komen uols nie. Masa untuk anak2 berbakti pada Ayah, apa lagi sedang sakit. Semuga Allah permudahkan segala urusan buat Chep Wan ini. Bukan mudah nak buat chemo pada setiap minggu ini
Quote sharlenetexas 4-8-2023 08:10 PM
Gi la berbakti kpd bapa sementara dia masih ada. Minta izin tok laki dulu.

Tristan & isabel tu gen bambam ke? Baru sekolah rendah.



Quote doubleA 4-8-2023 08:29 PM
3chanceno replied at 4-8-2023 08:07 PM
Meols sokong komen uols nie. Masa untuk anak2 berbakti pada Ayah, apa lagi sedang sakit. Semuga Al ...

Urusan bisnes cepriz ada. Cepwan pun risau kalau bisnes tak jalan kang camana nasib staf2 kan so biarla org lain handle. Kesan chemo ni pada badan org lain2, kena tengok dulu kesan lepas first chemo utk tentukan boleh ke next chemo tak. Kalau iols jadi serena dgn pak kaya, duit bukan masalah, takda tak makannya kalau cuti p jaga bapak. Nangis dari jauh tak guna, baik duduk di sisi bapak, skg ni masa kritikal, walaupun cepwan potray to be happy, semua pesakit kanser lps diagnose c ni akan terbayang mati. Jadi spend la time di sisi bapak selagi bapak masih bernyawa, camana cepwan tak tinggal cikani dulu
Quote Madel 4-8-2023 08:54 PM
Serina tu pun kena hati2, sbb arwah mak dia pun meninggal asbab kencing manis kan.
Dgn badan serina yg gitu, tak jaga makan.
Tak mustahil dia pun ada penyakit
Kencing manis, darah tinggi, kanser tu semua penyakit keturunan.
Quote kalchi 4-8-2023 08:56 PM
Inilah kehidupan....serina pak u da tlg mcm mcm tu, nanti time dia sakit ke perlukan anak jangan tak jaga. Anak prmpuan mcmana pon lebih kasih dan perhatian dia takkan sama dgn anak lelaki.
Quote ACC106 4-8-2023 09:27 PM
Masa arwah emak mereka sakit, both anak CW ni jaga dgn baik.
Mesti mereka akan jaga CW dgn baik jugak.

Semoga dipermudahkan urusan rawatan & diberikan kesembuhan untuk CW.
Quote Suchi 4-8-2023 10:35 PM
doubleA replied at 4-8-2023 08:03 PM
Kalau iols jadi serena, iols minta izin tok laki utk jaga cepwan, tak kerja pun takda hal harta apak ...

Sedih baca ni, dulu masa arwah mak dia tu serena ada gak tolong jaga masa kat hospital time tu dia lum kawen baru kalau tak salah la.
Yelaa sian plak cef sorang2 je, anak tak ramai gini laaa
Rasanya drpd serina update sedih2 kt ig tu better la pi terus jumpa bapak dia tu skrg.
Quote LadyCarefree 4-8-2023 10:58 PM
Edited by LadyCarefree at 4-8-2023 10:01 PM
doubleA replied at 4-8-2023 07:03 PM
Kalau iols jadi serena, iols minta izin tok laki utk jaga cepwan, tak kerja pun takda hal harta apak ...


xyah. Jauh berkali ganda lebih baik kalau Qamal je yg jaga. Dibantu kakak2 Chep yg rapat dgn dia si Ana dengan apa nama entah tu. Buat tambah stress je nanti kalau si gundu tu 'jaga'.
Quote LadyCarefree 4-8-2023 11:01 PM
Suchi replied at 4-8-2023 09:35 PM
Sedih baca ni, dulu masa arwah mak dia tu serena ada gak tolong jaga masa kat hospital time tu dia ...

Dari semalam pun dia belum ke KL melawat bapak kah? Kejinya kau kakagundu.
Quote doubleA 4-8-2023 11:51 PM
LadyCarefree replied at 4-8-2023 10:58 PM
xyah. Jauh berkali ganda lebih baik kalau Qamal je yg jaga. Dibantu kakak2 Chep yg rapat dgn dia s ...

Qamal tu sape?
Quote SpyLeman 4-8-2023 11:59 PM
Semoga cepone cepat sembuh dan cepat bebas dari cancer. Bila ada duit byk, sakit pun cepat recover dgn first class treatment. Skrg support system tu yg penting. Harapnya "aktiviti2" lalu dapat ditinggalkan ye

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.057080 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top