CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azwan Ali Terkilan Azmin Guna Rumah Pusaka Jadi Markas PN

4-8-2023 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4619| Komen: 25

Kecewa Azwan Ali atau lebih dikenali dengan nama Diva AA apabila rumah pusaka ibu bapanya, Allahyarham Haji Ali dan Mak Tom di Hulu Kelang dijadikan sebagai markas Perikatan Nasional (PN).

Selebriti kontroversi itu berkata kepada Utusan Malaysia, rumah berkenaan sudah diubah suai dan kosnya ditanggung Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.



Bagaimanapun, dia terkilan dengan tindakan abang kandungnya yang sanggup menggunakan rumah tersebut bagi tujuan politik.

“Rumah pusaka itu sejak zaman arwah nenek, Rafeah Buang masih hidup. Masih ingat lagi semasa zaman remaja, saya duduk berdua dengan arwah di bawah pokok jambu. Saya rapat dengan nenek.

“Kami berdua menangis melihat rumah pusaka dirobohkan jentolak ketika itu. Sedangkan arwah nenek sudah pesan rumah pusaka jangan dirobohkan nanti buruk padahnya,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Azwan berkata, tiga tahun selepas arwah neneknya meninggal dunia, tidak semena-mena hubungan mereka adik-beradik jadi berantakan.

“Bala menimpa keluarga kami dan hubungan adik-beradik menjadi keruh. Ingat lagi tarikh 2 September 1998 semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat (Timbalan Perdana Menteri).

“Rumah itu terlalu banyak nostalgia antaranya arwah Datuk Sharifah Aini, Rohana Jalil dan Datuk Jamal Abdillah pernah merakamkan lagu Suasana Hari Raya,” kongsinya.

Mengulas lanjut, Azwan berkata, bukan niatnya untuk menjatuhkan Azmin sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung.

Namun, katanya, dia cuma terkilan apabila melihat rumah itu berubah menjadi markas politik walaupun tidak dihuni oleh ahli keluarganya.

PRN Selangor bagi kerusi DUN Hulu Kelang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohamed Azmin dan Timbalan Ketua Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), DUN tersebut dimenangi PH menerusi Saari Sungib mewakili Parti Amanah Negara (Amanah).

Azwan pula mengumumkan tidak bertanding sebagai calon bebas bagi PRN kerana muak dengan situasi politik semasa.

Hubungan adik beradik antara Azwan dan Azmin menjadi tegang sejak sekian lama dengan siri serangan peribadi daripada Diva AA sebelum ini.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 4-8-2023 04:26 PM
Diva aa tak bertanding ke?

Quote dudaberhias 4-8-2023 04:32 PM

heols dah serik dah kot kaka... gigih heshe masak rendang dan bagi pree rendang dulu2 masa pru...
hujung2 undi boleh kira pakai jari jah...

dia dapat 15 undi kot iols pun dah lupa...

lesap terus deposit... hujung2 kena merempat kulu kilir sampai sekarang dah pindah dari semenyih tu...

dah macam suku sakai yang kena pindah kulu kilir tiap2 bulan...



Quote Kurex 4-8-2023 04:37 PM
Entah la wana, uols selesaikan je la adik beradik elok2. Weols semua orang luar, malas masuk campur. Cuma, bila kau nak rawat kudis kau tu??
Quote exclusive_vvip 4-8-2023 04:57 PM
rumah yg design traditional N9 tu ke? Yg bumbung mcm tanduk kerbau tu? dedulu masa iols skolah rendah,nampak mcm gah je rumah tu masuk lam urtv
Quote tokchik 4-8-2023 05:15 PM
dudaberhias replied at 4-8-2023 04:32 PM
heols dah serik dah kot kaka... gigih heshe masak rendang dan bagi pree rendang dulu2 masa pru...
...

rumah landed di semenyih tu ke?pindah lagi kemana?

Quote mamajawie 4-8-2023 05:16 PM
nenek dia penyanyo rafeah buang ke??
Quote chandrahusin 4-8-2023 05:17 PM
Rumah itu terlalu banyak nostalgia antaranya arwah Datuk Sharifah Aini, Rohana Jalil dan Datuk Jamal Abdillah pernah merakamkan lagu Suasana Hari Raya,” kongsinya.

Rumah yg ada VC lagu raya itu kah?
Diva pun ada sama ms tu macho belum jd Diva
Quote dudaberhias 4-8-2023 05:19 PM
tokchik replied at 4-8-2023 05:15 PM
rumah landed di semenyih tu ke?pindah lagi kemana?

yer kaka baru pindah dari rumah landed tu... dah serhoperrr gypsy yach berpindah randah...
tak tahu lah heshe merempat kemana pulak... mungkin pusat gelandangan kot untuk bapok2 pencen...




Quote izat123 4-8-2023 05:25 PM
dudaberhias replied at 4-8-2023 05:19 PM
yer kaka baru pindah dari rumah landed tu... dah serhoperrr gypsy yach berpindah randah...
tak tah ...

Hari tu elok je dapat masuk tv balik kejap kan diva AA ni. Ada jadi pengacara rancangan apa tah nyanyi nyanyi. Dia host dengan Kak Lina Kepom. Sekarang dah sendu balik. Mana lah nak dapat income harap ke rendang jelah. Unless kalau abang dia hulur hulur sikit tapi abang dia pun dah terhina juga pengkhianat takde siapa peduli.
Quote izat123 4-8-2023 05:25 PM
dudaberhias replied at 4-8-2023 05:19 PM
yer kaka baru pindah dari rumah landed tu... dah serhoperrr gypsy yach berpindah randah...
tak tah ...

Hari tu elok je dapat masuk tv balik kejap kan diva AA ni. Ada jadi pengacara rancangan apa tah nyanyi nyanyi. Dia host dengan Kak Lina Kepom. Sekarang dah sendu balik. Mana lah nak dapat income harap ke rendang jelah. Unless kalau abang dia hulur hulur sikit tapi abang dia pun dah terhina juga pengkhianat takde siapa peduli.
Quote hareeeesah 4-8-2023 06:17 PM
Kalau lalu situ skrg penuh saje kereta… lapar ² sng pegi je mkn kat enjoys tu, mannusalwa pn ada, settle hehhe..
Quote nolya 4-8-2023 09:26 PM
Foto Azwan terkini ke tu. Nampak mcm mak cik tua dah. Prihatin  jugalah kalau nasibnya jadi mcm nomad, pindah randah, sampai bila nak jadi mcm tu sedangkan umur semakin tua. Kesian juga kalau nnti terpaksa bernaung di rumah orang2 tua. Mulut kalau terlalu celupar, tak ade orang nak kawan, sudahnya awak tinggal sendirian dn cakap sendiri.
Quote newyork 4-8-2023 09:43 PM
Oh rumah minangkabau tu rumah mak dierang ka.
Quote AWEKSAMURAI 4-8-2023 10:01 PM
dudaberhias replied at 4-8-2023 04:32 PM
heols dah serik dah kot kaka... gigih heshe masak rendang dan bagi pree rendang dulu2 masa pru...
...


Eh dia dh tk diduk kt tempat jin bertendang tu ke... Aku yg duduk semenyih ni pon xnk duduk kwasan umah dia duduk tu
Quote menjad 5-8-2023 12:04 AM
Lor Aa cucu rafeah buang ker?
Quote cap_ayam 5-8-2023 12:30 AM
Rumah tepi kubur kan. Hari tu ada attend function kat taman melawati.. perasan rumah ni.. abg ipar bagitau tulah rumah ibu Aa.
Quote alesandra 5-8-2023 07:08 AM
Rumah pusaka tu dah dibeli oleh jemin kah?kalo x... kena mintak izin dgn waris yg lain.jgn buat main dgn hak org lain
Quote epal_putih 5-8-2023 07:22 AM
Kondo mengadap klcc apa jadi?
Quote Suchi 5-8-2023 09:37 AM
Tunjuk ler gambo rumah tu, iols ni taktau sgt area sana.
Lalu kalau nk balik kg jer

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.060235 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top