CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Butik Pakaian Dalam Didenda RM700 Guna MC Palsu

4-8-2023 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3607| Komen: 28

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengarah pekerja wanita sebuah butik pakaian dalam dan produk kecantikan antarabangsa supaya membayar denda RM700 atas kesalahan menggunakan sijil cuti sakit (MC) palsu.


Hukuman terhadap Noor Farhana Nor Haspilah, 24, diputuskan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.


Noor Farhana (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh Shidiqqin Zon.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, mahkamah memerintahkan wanita tersebut dipenjara selama dua minggu dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen iaitu sijil cuti sakit atas nama tertuduh sendiri yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat beli belah, di Jalan Cheras, Maluri di sini pada 25 Julai lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara selama dua tahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu semasa prosiding, peguam, Mohd. Zaidi Othman merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan kerana menyesal dengan perbuatan itu.

“Ketika kejadian, dia yang masih bujang mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat ke tempat kerja, jadi dia mengambil tindakan singkat sehingga menjerumuskannya dalam kes ini. Tertuduh berjanji tidak akan melakukan kesalahan jenayah di masa depan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayurmayur88 4-8-2023 04:07 PM
yg ni kes guna MC palsu eh?
yg beli MC tu macam mana?
minggu2 kalau bukan hari isnin , jumaat je dia MC.
yg untong klinik tempat dia dpt MC tu ler....
Quote cikatilia 4-8-2023 04:09 PM
awat sampai kena palsu mc eh??
EL aje xle eh??
Quote prettyuglybabe 4-8-2023 04:24 PM
mc palsu means mc buat sendiri la kan..
bila company call takde record dia gi klinik or klinik/doktor tak wujud..
sebab kalau beli mc jarang kantoi sebab klinik akan tulis mc kat record..
kalau hr company mak jemah membawang, jangan la sesekali buat dek..
pergi je la klinik betul-betul cakap period pain..
sure doktor bagi je mc..
Quote prettyuglybabe 4-8-2023 04:24 PM
cikatilia replied at 4-8-2023 04:09 PM
awat sampai kena palsu mc eh??
EL aje xle eh??

nak simpan cuti kot..
nak nak cuti tahunan sikit..
Quote she 4-8-2023 05:23 PM
Tapi tak sangka ye
Majikan dia sanggup report benda ni

Ke guane
Sesape explain jap
Quote kelip2_07 4-8-2023 05:27 PM
buang keje jer xleh ke?klu mcm nie kira dia dh ade rekod la kn
Quote hotmak 4-8-2023 05:30 PM
teringat dulu zaman mc klinik kg baru famous, takde doc pun beli kat kaunter je

apapun kesian, muda lg dah ada rekod, company pun sampai buat report, adalah kot kes lain tu
Quote matamata 4-8-2023 06:21 PM
Kalau sekali aku susah nak percaya company buat report...ada nasik tambah ni rasanya
Quote Mulotkoyak 4-8-2023 06:44 PM
First tume mc pelsu kne gari bagai mcm satu kesalahan besar. Terminate je la. Bkn die mencuri pun. Xfhm aku kes cmni.. Ade sesape lebih ariff x?
Quote noell 4-8-2023 06:50 PM
prettyuglybabe replied at 4-8-2023 04:24 PM
mc palsu means mc buat sendiri la kan..
bila company call takde record dia gi klinik or klinik/dokto ...

huntongla org pompuan ada alasan period pain kalo jantan nak habaq hapa kt doc nak mc??cirit 7 petala langit?
Quote gigahertz 4-8-2023 07:03 PM
she replied at 4-8-2023 09:23 AM
Tapi tak sangka ye
Majikan dia sanggup report benda ni

i yakin perempuan ni dah kerap MCkeje sales memenatkan. sebab cuti tak tentu masa.
Quote Ayda89 4-8-2023 10:19 PM
Pertama kali baca kes majikan ambil tindakan report polis psl pekeja tipu mc
Quote edayildiz 4-8-2023 10:30 PM
gigih nya nk mc pelesu..el je la ..i kalau pg tu i bgn tp mcm mls nk p kerja..i wssp je bgtau EL skt gigi..skt perut tp xnk g klinik ..kdg tu xberniat pun xnk p kerja tp otw tu jln jem..i patah balik smbg tdo jer..koserr nk kerja...
Quote edayildiz 4-8-2023 10:32 PM
Ayda89 replied at 4-8-2023 10:19 PM
Pertama kali baca kes majikan ambil tindakan report polis psl pekeja tipu mc

company i ada staff kena terminate tau thn lps..kes beli mc kt satu klinik ni...ini kira ok dia denda je kn
Quote Ayda89 4-8-2023 10:37 PM
edayildiz replied at 4-8-2023 10:32 PM
company i ada staff kena terminate tau thn lps..kes beli mc kt satu klinik ni...ini kira ok dia de ...

Mesti pakej kena terminate sekali tu. Kalau tak pun sendiri akan tender sbb malu huhuhu
Quote shamsadis 4-8-2023 10:54 PM
muda lagi dah ada rekod jenayah, biar buat salah, salah boleh repair, jangan buat jenayah...
Quote I.K.A888990 4-8-2023 11:44 PM
ada keslahan lain ke?....tak sangka sbb mc palsu je terus kena
Quote potpetpotpet 6-8-2023 06:45 PM
Mungkin ada la tu kesalahan lain. Selalu nau menipu or bagi alasan tak masuk akal sampai HR terasa nak further investigate. Mungkin..
Quote anony-mous 6-8-2023 06:56 PM
Baru sekali ke guna? Mcm kesian plak baru sekali dah kantoi smpai tersebar nama pakej boleh kena penjara.

Side notes: kenapa x ckp je dgn klnik betul ko sakit perut ke ape. Xpyh pakai mc palsu

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.047250 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top