Lama menyepi dari industri hiburan tanah air, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah berkongsi perkembangan terkininya. Dalam temu bual yang dikongsikan YouTube Hijabista, Nonny mendedahkan hampir tiga tahun dia tidak keluar berjumpa orang.
Dan sepanjang itu jugalah dia mendalami ilmu agama dan mencari arah tujuan sebenar hidupnya. "Dulu Nonny tak tahu.. Saya tak ada asas agama yang betul menyebabkan saya keluar dengan soalan-soalan pelik. "Saya cuba cari orang sekeliling yang terbaik kerana saya bukan datang daripada latar belakang yang baik. "Saya daripada keluarga yang bercerai-berai..hidup berasingan dengan keluarga. Saya dulu pernah kerja dekat ‘club’. "Tiba-tiba dapat rezeki masuk industri seni tanpa ada panduan yang betul. Apa yang saya rasa saya nak buat saya buat," katanya.
YouTube Hijabista Bekas peserta Akademi Fantasa bersyukur didampingi keluarga dan sahabat yang membantu membimbing dirinya. Dia juga memetik nama sahabat yang banyak membantunya dalam mencari diri sendiri dan mengajarkan doa. - CARI |
chekacheku replied at 5-8-2023 08:42 AM
Ramainya org isim jaman skang..balikla pd ajaran agama islam..bergurula..beramal la ngn ilmu itu..in ...
ADVERTISEMENT