CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Cuba Terjun Di Aras Lima Tempat Letak Kereta Pusat Beli-Belah Di Seremban

4-8-2023 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2165| Komen: 9

Anggota polis berjaya memujuk seorang gadis dipercayai mengalami masalah kemurungan daripada cubaan terjun dan membunuh diri.

Kejadian berlaku di aras lima tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah di Seremban.



Polis menyelamatkan gadis yang cuba terjun di aras lima tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah di Seremban. - Foto ihsan polis

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Arifai Tarawe mengesahkan menerima maklumat orang awam berhubung kejadian melibatkan gadis berusia 20 tahun itu pada pukul 10 malam kelmarin.

“Apabila sampai di lokasi terdapat seorang gadis yang berada di bahagian tebing tempat letak kereta serta memberitahu ingin terjun dan membunuh diri.

“Pihak polis telah berusaha memujuk dan menenangkan gadis tersebut, namun dia enggan berganjak,” katanya kepada media di sini hari ini.

Arifai berkata, Ketua Polis Balai Jalan Campbell, Inspektor Adi Khusaini Saripudin akhirnya membuat keputusan menarik gadis tersebut sebelum berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.


“Hasil siasatan mendapati punca kejadian berlaku disebabkan masalah kemurungan serta mangsa merupakan pesakit psikiatri,” katanya.

Beliau berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu boleh menghubungi Ketua Polis Balai Polis Jalan Campbell, Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7707282 atau Balai Polis Jalan Campbell di talian 06- 7632722.


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 4-8-2023 03:28 PM
hidup terlalu indah, knp nk bunoh diri dek
Quote Perawankota 4-8-2023 03:39 PM
Skang dah ramai melayu nk bunuh diri..
Quote supernaturalee 4-8-2023 04:24 PM
ketua balai ye yg bertindak tu

good job
Quote mamajawie 4-8-2023 05:17 PM
ksiannya umo 20 da depress
Quote orangbiasaje 4-8-2023 06:20 PM
"Hasil siasatan mendapati punca kejadian berlaku disebabkan masalah kemurungan serta mangsa merupakan pesakit psikiatri,” katanya"


I see...mmg dah ada sakitnya...
Quote antikorok 4-8-2023 06:50 PM
New normal...

Semoga dipermudahkan urusannya dan dapat support yang sewajarnya
Quote noell 4-8-2023 06:51 PM
blastop kata kompom pasai vaksin

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.099300 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top