CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sembilan Lelaki 'Berhoodie' Rompak Butik Gucci Siang-Siang Buta

4-8-2023 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1925| Komen: 3

Sekumpulan individu dengan berani merompak sebuah butik jenama fesyen mewah global, Gucci yang terletak di sebuah pusat beli-belah di Beverly Hills, Los Angeles pada Isnin.

Video kejadian yang berlaku sekitar pukul 3:10 petang itu dirakam orang awam sebelum dimuat naik di laman sosial.



YouTube

Rakaman tersebut memaparkan sekurang-kurangnya sembilan lelaki dilihat memakai hoodie dan bergegas keluar dari pintu masuk butik dengan setiap seorang memegang hasil rompakan masing-masing.

Berdasarkan video itu, tidak jelas sama ada suspek memiliki senjata atau terdapat mangsa yang mengalami kecederaan.

Bilangan perompak yang terlalu ramai menyebabkan pengawal keselamatan di butik berkenaan tidak mampu berbuat apa-apa, selain hanya dapat memerhati mereka meloloskan diri.

Dalam masa sama, kelihatan seorang lagi saksi kejadian yang memakai sut menghubungi polis bagi melaporkan kejadian rompakan tersebut.


Sementara itu, Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) mengesahkan bahawa memang terdapat rompakan di sebuah kedai di pusat beli-belah Westfield Century City.


YouTube

Namun, LAPD juga tidak dapat memberikan sebarang maklumat tentang jumlah barangan yang dicuri.

Perompak disyaki meninggalkan lokasi kejadian dengan menaiki sebuah SUV putih dan kereta Kia berwarna merah. 


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 4-8-2023 02:32 PM
salah faham kot
macam ni


[youtube]oieBnV_HFB0[/youtube]




Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.054687 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top