CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Beranak Nyaris Rentung, Rumah Dah Duduk 40 Tahun Musnah Terbakar

4-8-2023 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1450| Komen: 4

GUA MUSANG – Tiga beranak nyaris rentung selepas rumah separa batu di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh musnah dalam kebakaran.

Rumah tersebut sudah menjadi tempat tinggal mereka sejak 40 tahun lalu.


Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi itu, Siti Fatanah Daud, 68, bersama dua anak perempuannya, Siti Noor Asikin Mohamed, 31, dan Siti Noral Asmad Mohamed, 29, selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Foto: Kosmo

Menurut Siti Noral Asmad, kejadian itu disedari oleh ibunya yang bangun untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat Subuh.

Katanya, ibunya terdengar bunyi letupan sebelum melihat percikan api di kotak suis yang terletak di ruang tamu.

“Ibu menjerit dan segera memanggil saya dan kakak yang sedang tidur. Saya berlari keluar melalui pintu dapur untuk meminta bantuan jiran.

“Semasa dalam kelam kabut menyelamatkan diri, ibu terjatuh kerana keadaan gelap berikutan bekalan elektrik terpadam dan api semakin marak.


Siti Noral Asmad berkata, dia bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian yang telah memusnahkan bahagian ruang tamu rumah termasuk perabot dan peralatan elektrik.

“Alhamdulillah, kami semua selamat. Difahamkan, api marak di bahagian ruang tamu rumah semasa penduduk membantu memecahkan pintu utama rumah kami.

“Kami sekeluarga ketika ini menumpang di rumah jiran buat sementara waktu. Ibu masih trauma dengan kejadian kebakaran itu,” katanya.

Terdahulu, keluarga berkenaan dikunjungi oleh calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff.

Ab. Aziz berkata, dia berharap keluarga mangsa dapat bersabar dengan ujian tersebut dan pihaknya akan membantu selain melihat keperluan yang boleh dibanru.

Katanya, dia juga akan membantu memaklumkan nasib keluarga itu kepada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) untuk melihat keperluan keluarga mangsa sama ada rumah berkenaan masih boleh dibaiki atau dibina baharu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 4-8-2023 10:28 PM
Allahu… kesiannya..
Quote antikorok 4-8-2023 10:45 PM
Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini.
Rumah dah 40 tahun, takut ada litar pintas jah wiring mesti dah repot.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.047984 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top