CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuduhan Edar Ganja-Dua Lelaki Bekas Penuntut IPT Menangis Terlepas Tali Gantung

4-8-2023 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1540| Komen: 1

SHAH ALAM – Dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas tuduhan mengedar ganja, tiga tahun lalu, dua bekas penuntut institut pengajian tinggi (IPT) menangis apabila terlepas tali gantung.


Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor memutuskan demikian selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan terhadap Mohammad Asyraff Hashim, 29, dan Muhammad Aliff Afiqqi Razali, 24.

Mohammad Asyraff adalah merupakan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS) dan Muhammad Aliff pula adalah bekas pelajar Politeknik Sabak Bernam.


Mohammad Asyraff (dua kiri) dan Muhammad Aliff (tiga kiri) bersama Anwar (tiga kanan) serta Ahmad Ishrakh (dua kiri) selepas prosiding tersebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Foto: Kosmo

Nurulhuda Nur’aini dalam penghakimannya menjelaskan keputusan itu dibuat selepas terdapat kemungkinan bahan yang dijumpai dalam tin dan bilik asrama UIS (sebelum ini Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIS)) adalah tembakau dan tidak dapat dipatahkan pihak pendakwaan.


“Cuma anda bertuah dalam laporan polis ada memberikan tanggapan bahawa barangan tersebut adalah tembakau walaupun ahli kimia katakan dadah (ganja).

“Atas sebab bukti keterangan sahaja pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah. Jadi alasan itu, mahkamah melepaskan dan membebaskan tertuduh ,” katanya.

Bagaimanapun, Nurulhuda Nur’aini mengingatkan kepada kedua-dua mereka jangan sesekali terlibat dalam dadah.

“Ini adalah satu amaran dan ingatan meskipun kesalahan melibatkan najis dadah telah digubal bawah akta baharu dan tidak melibatkan hukuman mati mandatori. Namun tetapi adalah kesalahan serius,” katanya.

Mohammad Asyraff dan Muhammad Aliff didakwa dengan niat bersama mengedar 290.95 gram (g) ganja di dalam bilik sebuah asrama KUIS antara 11 malam hingga 12 tengah malam pada 10 Februari 2020.

Kesalahan itu dilakukan mengikut seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B (2) Akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan juga hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati.

Kedua-dua mereka juga didakwa tiga pertuduhan memiliki 13.98g dadah sama di lokasi yang sama.

Justeru, mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 6 akta yang sama dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda tidak lebih RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-dua sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim manakala Peguam Anwar Ab. Raof dan Ahmad Ishrakh Saad mewakili kedua-dua tertuduh.

Seramai 13 saksi pendakwaan dikemukakan manakala kedua-dua tertuduh memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi bagi pembelaan sepanjang prosiding bermula 5 September tahun lalu hingga 30 Mei lalu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.038905 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top