CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jalalauddin Hassan Jatuh Sakit "Allah Nak Bagi Saya Rehat Dan Banyak Mengaji Al-Quran"

4-8-2023 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2001| Komen: 4

Dirawat hampir seminggu di hospital akibat jangkitan kuman dalam saluran kencing, Jun lalu, Datuk Jalaluddin Hassan, 69, bersyukur dia tidak mengalami  sebarang masalah kesihatan kronik. 


Jalaluddin berkata, dia kini sudah pulih sepenuhnya dari jangkitan kuman itu.

Foto: IG

"Doktor beri antibiotik dan saya juga teruskan rawatan untuk usus di hospital dan masalah tidak lawas buang air besar," katanya.

Jalaluddin berkata, pada usia emas kini, dia juga perlu menjaga pemakanannya.



"Maklumlah, pada usia 69 tahun, saya perlu menjaga pemakanan dan tidak boleh minum ais dan minuman bergas. Doktor juga minta saya banyak minum air putih (air masak) dan lebihkan makan buah-buahan," katanya.

Pada masa sama, kata Jalaluddin, dia akan terus pulang ke rumah selepas selesai penggambaran.


Jalaluddin berkata, selain berehat, dia juga suka membaca al-Quran bagi membantu daya ingatannya lebih cergas dan tidak mudah lupa, lebih-lebih lagi sebagai pelakon dia perlu menghafal skrip.

"Selain beri ketenangan jiwa, rezeki kita pun murah. Kalau sehari tidak mengaji, saya berasa hidup tidak lengkap.


"Bila jatuh sakit tu sebenarnya, Allah SWT nak bagi saya rehat dan saya banyak mengaji al-Quran untuk terapi diri," katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri lapan episod berjudul Entitled. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 4-8-2023 01:13 PM
Semoga sihat2 selalu ye dato
Quote dudaberhias 4-8-2023 01:28 PM
semoga cepat sembuh dan di berikan kesihatan yang baik
Quote Shuji_Okishima 4-8-2023 01:51 PM
Mohon doa Allah swt permudahkan semua urusan dan berikan kesembuhan pada Datuk Jalaluddin. Sentiasa sabar, usaha dan tawakal. In Shaa Allah. Aamiin.
Quote downiey 4-8-2023 06:50 PM
semoga cpt sembuh.. aminnn

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.177928 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top