CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Power Uncle Cina Bawa Grab Di Usia 71 Tahun, Siap Hafal Suah Yasin!

4-8-2023 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2240| Komen: 3

Seorang pemandu e-hailing berbangsa Cina menjadi perhatian warganet selepas tular videonya lancar membaca surah Yasin ketika membawa penumpang.

Menerusi rakaman berdurasi satu minit 32 saat yang dikongsikan pengguna Facebook Roseni Kamaruddin pada Khamis, difahamkan warga emas itu mula mempelajari bacaan ayat suci al-Quran dengan rakannya beragama Islam ketika bekerja di sebuah syarikat automobil sebelum ini.



FB

Katanya, setiap hari dia membaca 17 ayat pertama dari surah Yasin. Selain itu, dia juga membaca dua kalimah syahadah.

"Ini semua hasil pergaulannya dengan rakan-rakan Melayu sewaktu bekerja di UMW Toyota suatu ketika dahulu. Meleleh air mata mendengarnya," kongsi Roseni.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kagum mereka terhadap kelancaran pemandu tersebut mengalunkan surah yang dianggap sebagai jantung kepada kitab suci al-Quran itu.



FB

Selain mendoakan lelaki tua itu diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya.

"Aku pula yang segan, aku baca masih teragak-agak," tulis noorhasidah. 


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 4-8-2023 10:39 PM
Ingat dulu kwn keja cainis nak ngorat kwn i, dia mengaku kata tak minum,tak makan vavi. Bila kwn i reject terus esok2 nya makan nasi goreng babi [em:3:]
Quote lanacondor 11-8-2023 12:27 PM
Ayda89 replied at 4-8-2023 10:39 PM
Ingat dulu kwn keja cainis nak ngorat kwn i, dia mengaku kata tak minum,tak makan vavi. Bila kwn i r ...

Elok la kwn u tu reject. Sb bab agama xboleh main. Ada kes kan kawen dgn melayu. Pastu bini meninggal mtk tukar agama sb nk kawen dgn kaum dia balik xboleh. Bia nk tukar agama atas diri sdri bkn sb bnd lain
Quote Ayda89 12-8-2023 12:33 AM
lanacondor replied at 11-8-2023 12:27 PM
Elok la kwn u tu reject. Sb bab agama xboleh main. Ada kes kan kawen dgn melayu. Pastu bini mening ...

Kwn i pun tau laki cainis tu f*ckboi hahah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.049160 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top