Tular rakaman beberapa anggota polis menahan lelaki dipercayai warga asing selepas didakwa melempar barang dari tingkat atas sebuah flat di sekitar Bukit Jambul, Pulau Pinang. Kejadian kira-kira pukul 10.23 malam itu berjaya dirakam orang awam yang berada di kawasan berkenaan sebelum ia tular di laman sosial.
Menerusi video berdurasi 33 saat itu, lelaki disyaki warganegara Bangladesh tersebut melempar barangan keperluan rumah ke bawah termasuk kerusi, kipas, dan barangan elektrik lain. Rakaman tular itu juga menunjukkan beberapa anggota membawa lelaki tersebut masuk ke dalam kereta peronda polis, disaksikan orang ramai yang berkumpul di lokasi kejadian. Menurut info awal yang dikongsikan orang awam, individu berkenaan dipercayai berada dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan dia mula bertindak di luar kawalan.
IG Majoriti Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan punca dan tarikh sebenar kejadian tersebut berlaku. Setakat berita ini ditulis, tiada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung insiden itu. Sumber: Majoriti |
ADVERTISEMENT