Gelagat pengacara dan bintang Real Men Malaysia: Wira Merah, Daniel Cheang dalam program itu mencuri perhatian warganet. Menurusi video tular di TikTok, Daniel dilihat melawan jurulatih yang mengarahkannya menanggalkan topi dan kipas yang disangkut di bahunya sebelum memulakan aktiviti kawad.
Selain itu, permintaan Daniel untuk berkawad di bawah bumbung kerana panas juga dianggap mengarut oleh netizen. “Matahari terik tuan, dengar dulu penjelasan saya. Ini bukan pemanas ini kipas. Kami boleh berkawad di bawah bumbung. “Cuba tengok di Korea, semua okay je, mereka berkawad juga tapi kulit masih putih,” kata Daniel. Bagaimanapun ada juga netizen merasakan gelagat Daniel itu lucu memandangkan ini merupakan kali pertama dia menyertai latihan padu daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Disebabkan itu juga Daniel digelar ‘budak sunat lazer’ iaitu gelaran yang digunakan netizen untuk menggambarkan lelaki yang kurang lasak.
Antara komen yang diterima adalah: “Dia belum rasa kawad tengah panas matahari pacak atas kepala… Lepas tu kena pula sidai tengah panas,” @Mr.J0k€R “Kawad bawah bumbung dari sekolah sampai masuk PLKN tak ada pula kawad bawah bumbung,” @Poogieドラゴン “Dia ingat ni time PJ ke? Dalam unit beruniform tak adanya nak bertopi-topi bila latihan,” @Khaii j_ “Confirm budak sunat lazer ni, confirm!” @ananaaib “Alang alang kawad bawah bumbung tu, kenapa tak kawad dalam air cond ja hahahahah,” @Pingu22 Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT