Nabil Mahir ditahan di wad hospital selepas mengalami alahan yang teruk pada Khamis. Di Instagram, suami Ayda Jebat itu memuat naik sekeping foto memaparkan bahagian matanya yang bengkak sehingga tidak boleh dibuka akibat alahan tersebut.
"Kesan alahan, dah rasa ketat dada. Inilah pentingnya perlu lebih peka dengan apa yang kita alah. "Ke saya nak buat cerita gebang cakap ini (bengkak) sebab bertumbuk tadi Apa pun tolong sentiasa berhati-hati."
Sementara itu, Ayda Jebat memaklumkan punca alahan disebabkan suaminya tersalah mengambil ubat. "Semalam Nabil tersalah makan ubat, rupanya dia alah dengan ubat tersebut. Nak bawak Ana Nayla (anak) check up mata (sebab tiba-tiba mata berair dan banyak taik mata), tiba-tiba Dadaa (panggilan Nabil) dia lagi teruk. "Mata tak boleh buka sampai susah nak bernafas, pergi emergency terus, nasib baik kita memang kat hospital."
Ayda sempat berpesan kepada orang ramai untuk lebih cakna berkenaan jenis ubat yang diambil. "Jadi penting untuk tahu ubat atau makanan apa kita allergic! Jangan buat main! Siapa pernah kena macamni komen dekat bawah! Ada yang cadang buat allergic test. Nanti kita pergi. Doakan dia cepat baik.
"Kalau korang dah tahu korang allergic apa, elak la walaupun kawan ke sesiapa cakap ‘ala makan sikit je bukan mati pun’. Tolong faham allergic ni bahaya." Sementara itu, menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Nabil berkata keadaan matanya semakin baik selepas mendapatkan rawatan. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|