Ahmad Maslan gemar memasak dan selalu berkongsi resepi masakannya di Twitter. Walaupun selalu dikecam kerana resepinya dianggap pelik, ia tidak mematahkan semangatnya Ahli Parlimen Pontian itu untuk meneruskan hobinya itu.
Antara resepi yang pernah dikongsikan beliau sehingga menjadi viral adalah, Nasi Goreng Strawberry, Nasi Goreng Ahmad Maslan (NGAM), Nasi Goreng Petai, Nasi Goreng Agak Pedas (NGAP), Nasi Air Bilis Garing, Nasi Goreng Nanas, Nasi Impit Goreng, dan banyak lagi. Terbaharu, Ahmad Maslan berkongsi gambar dirinya memasak resepi Mihun Goreng Nanas di Twitter beberapa jam yang lalu mengundang perhatian pengguna media sosial. “Hobi saya masak. Saya tak main golf, tak hisap rokok, tak memancing, kurang melancong. Cuma masak atau baca buku. “Masak sendiri kali ini mihun goreng nanas Pontian. Resepi: udang, kobis, kacang panjang, ikan bilis, telur, bawang, halia, lada, sos cili, minyak sawit, garam,” tulisnya. Sementara itu netizen mencadangkan Ahmad Maslan buat program masakan bersama dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohammad Sabu yang juga mempunyai bakat dalam bidang memasak. “Buatlah sekali masak-masak bersama Mat Sabu. Masak-masak perpaduan di hujung minggu,” kata Don. “Yelah YB. Asyik tunjuk gambar memasak tapi jemputnya tak. Nak juga nasi goreng stoberi, mee hoon nenas,” kata Queen J. “Orang lain memasak siap pakai apron. Dia memasak dengan berbaju batik. Punyalah smart pakaian dia,” Jai Yen. -CARI Sumber: The Reporter
|
ADVERTISEMENT