CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Chef Wan Hidap Kanser Limfoma, Bakal Mula Kemoterapi

3-8-2023 09:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 24698| Komen: 192

Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan memaklumkan dirinya disahkan menghidap kanser limfoma.

Menurut Chef Wan, hospital telah melakukan ujian electrocardiogram (ECG) sebanyak dua kali dan mendapati dia didiagnos kanser berkenaan.


Chef Wan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada petang Khamis.


"Saya baru sahaja menjalani ujian ECG saya tadi. Pada pukul 3 petang doktor menyampaikan berita tentang keputusan biopsi saya.

"Mereka terpaksa menjalankan ujian sebanyak dua kali untuk memastikan keputusan tersebut... saya sememangnya menghidap kanser limfoma," katanya.

Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu dia dimaklumkan oleh doktor mempunyai peluang untuk sembuh antara 70 hingga 80 peratus.

Justeru itu, dia perlu menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 13 kitaran untuk jangka masa selama 13 minggu.


"Pada peringkat ini, peluang untuk sembuh biasanya adalah 70 hingga 80 peratus. Isnin ini, saya akan melakukan ujian sumsum tulang kerana kanser limfoma juga dikaitkan dengan sumsum tulang kita.

"Saya juga akan menjalani kimoterapi dan memulakan rawatan itu serta-merta sebanyak 13 kitaran iaitu bermaksud selama 13 minggu," ujarnya.

Biarpun berkongsi berita duka, Chef Wan masih sempat berseloroh memikirkan keadaannya selepas menjalani kimoterapi nanti.

Katanya, dia tidak dapat membayangkan dirinya berdepan keguguran rambut akibat kesan sampingan yang bakal dialami.


"Doktor berkata saya akan mula kehilangan rambut saya. Ya Tuhan saya sudah mula membayangkan diri saya dengan rambut palsu yang hebat seperti gaya Elvis Presley, M. Daud Kilau, Samy Velu, Liberace dan banyak lagi.

"Saya akan mengalami adegan muntah seperti dilakonkan oleh Linda Blair dari filem Exorcist dan juga cirit-birit yang tidak berkesudahan," ujarnya.

Kekal tenang dan positif, Chef Wan berkata dia menerima takdir dengan hati terbuka biarpun anak perempuannya iaitu Serina tidak menahan sebak mendengar berita duka ini.

"Saya menerima semua ujian ini dengan hati terbuka dan keberanian. Inilah kehidupan... anda hanya perlu melaluinya satu demi satu dengan cara positif.

"Anak perempuan dan menantu saya kecewa mendengar berita ini... saya kata jangan menangis, saya okay. Saya belum pergi lagi. Saya perlu kuat dan sihat kerana saya juga perlu menjaga ramai orang. InsyaAllah Allah akan jaga saya.

"Terima kasih atas semua doa dan ucapan anda. Tolong jangan risau kerana kita semua akan melalui ini bersama-sama... supaya kita boleh memberi inspirasi dan membantu orang lain di masa hadapan," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 3-8-2023 09:37 PM
Cik ani dulu cancer apa ye
Quote per706 3-8-2023 09:38 PM
Semoga segala jasa dia jaga arwah mak.dia dlu menjadi asbab untuk Allah pulihkan dia.. insyaAllah
.
Quote hareeeesah 3-8-2023 09:46 PM
So family members yg lain tu kena la rajin check..
semoga chef kuat semngt kental lwn cancer & dipermudahkn urusan
Quote kalchi 3-8-2023 09:46 PM
zuriey replied at 3-8-2023 09:37 PM
Cik ani dulu cancer apa ye

Nek ani breast c tak silap....
Quote karipap_sadin 3-8-2023 10:11 PM
takut nya. Btw..cancer limfoma ni apa?
Quote codenamedream 3-8-2023 10:13 PM
Wartawan ni pun.. ujian ECG x diagnose kanser.
Quote dudaberhias 3-8-2023 10:15 PM
semoga kuat semangat dan kekuatan untuk melawan kanser...

plus boleh kurus tau kalau buat kimo ni...

harap2 cefwan punya penampilan lebih meletop lepasni...

Quote naina 3-8-2023 10:19 PM
Woooo tak sangka la rasanya dia jaga makan
Dah 13 kitaran tu banyaknyaaa
Botak habis la rambut
Quote honeybee1802 3-8-2023 10:19 PM
codenamedream replied at 3-8-2023 10:13 PM
Wartawan ni pun.. ujian ECG x diagnose kanser.

Ntahnya...ecg tu cek jantung...cancer markers n biopsi ye ler....
Quote she 3-8-2023 10:22 PM
honeybee1802 replied at 3-8-2023 10:19 PM
Ntahnya...ecg tu cek jantung...cancer markers n biopsi ye ler....

Yang letak wayar kat dada tu ke
Macik penah buat dulu
Doc suspek jantung
Sebab nadi dengan degup jantung tak sama
Maaf kalau nda betul
Gitulah yang macik faham

Padahal pegi spital sebab sakit asma aje
Huwaaaaaaa tak memasal masuk wad asing kat tepi ICU tu
Quote LembingDayanti 3-8-2023 10:22 PM
takleh aku bayangkan dunia hiburan tanpa Chef Wan. Mesti hilang seri.
Quote she 3-8-2023 10:23 PM
Eh lupa nak komen pasal CW

Semoga cepat sembuh ye
Sakit ini adalah penghapus dosa

Btw cara CW cerita ni detail juga
Nak banding dengan Elyana dulu
Quote Madel 3-8-2023 10:26 PM
Edited by Madel at 3-8-2023 03:08 PM

Kanser keturunan ya
mcm belah ibu aku la ni,
Amma aku breast kanser, pakcik aku 2 org pun mati sbb kanser.Sorg kanser hati, sorg kanser otak.
Yg terbaru aku dpt tahu makcik aku pun ada kanser juga.
Arwah mak chef ni ada darah cina kan.?
kanser dgn b.cina ni mmg sebati kot.
Lepas kimo pun tnguk jenis org juga..ada yg mmg kalah muntah2,rambut gugur, cirit birit, kulit muka jadi hitam, hilang suara or terus bedridden
mcm mendiang uncle aku yg kanser otak tu.
1st kimo terus collapse n bedridden, dia tak muntah2 or cirit birit tpi terus hilang suara tak boleh bercakap.
sedih n perit menenguk dia tanggung sakit
semoga chef1 diberi kesembuhan ya.
Quote 3chanceno 3-8-2023 10:29 PM
Semuga tabah & cepat sembuh.

Apa kebenda buat ecg untuk konfem kanser ke tidak? Biopsy dan blood test, meols percaya
Quote Afifi82 3-8-2023 10:33 PM
Semoga semuanya selamat utk Cep Wan ..
Quote sharlenetexas 3-8-2023 10:34 PM
codenamedream replied at 3-8-2023 10:13 PM
Wartawan ni pun.. ujian ECG x diagnose kanser.

Itulah ecg ni bukan ke pasal jantung ke? Ingat chefwan tahun lepas, check jantung dia kata jantung dia dlm keadaan baik utk umurnya.

Quote makiting 3-8-2023 10:42 PM
Sebelum buat kimo mmg akan cek jantung dgn buah pinggang

Aduhaii..
kesan kimo tu sakit tau Cep1..
tunggu kimo yg ke 3 nnti baru tau mcmana azab nya..

Moga cepat sembuh utk Cep1
Quote azimodin 3-8-2023 10:43 PM
Semoga cepat sihat DCW. Baru je cik ani pergi, dia di uji pulak. Harap2 dia dapat cari nurse yang baik untuk jaga dia sepanjang rawatan. Anak dia tu korang paham2 je la.
Quote sarukhan 3-8-2023 10:43 PM
Insyallah chef wan bole sembuh and jd cancer survivor.. kanser limfoma ni kalau tau awal insyallah berpotensinsembuh..

Lihat semua komen(192)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.106476 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top