Pelakon Nabil Aqil menerim kecaman selepas berkongsi keinginannya untuk mencabar diri melakonkan watak lelaki homoseksual, pelakon baharu Nabil Aqil menerima kecaman dalam kalangan netizen di media sosial.
Tampil mengulas perkara itu, Nabil atau Mohammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin, 25, berkata dia hanya mengambil inspirasi daripada kejayaan watak dilakonkan oleh pelakon Gambit Saifullah dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa. "Tak mengapa saya maafkan netizen. Mungkin ramai yang salah faham dengan kenyataan saya sebelum ini. "Sebenarnya saya melihat kehebatan Gambit yang membawa watak gay sebelum ini membuatkan saya juga ingin mencabar diri sendiri. "Saya tahu bukan mudah untuk membawa watak tersebut dan bukanlah ingin membenarkan perkara yang salah (kelakuan gay). Tapi saya percaya setiap jalan cerita pasti ada mesej yang ingin disampaikan," katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Nabil memberitahu dia ingin mencabar diri melakonkan watak tersebut kerana mahu menunjukkan kepada pihak penerbit yang dirinya mampu untuk membawa pelbagai watak. Baginya, tidak semua pelakon mampu menjayakan watak seberat ini, jadi sekiranya dia berjaya membuktikan kebolehan membawakan watak homoseksual, ia pasti membuka mata kepada penerbit untuk melihat bakatnya.
|
ADVERTISEMENT