CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mak Wan Susah Dapat Tawaran, Dakwa Ada Kaitan Dengan Kontroversi

3-8-2023 08:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8025| Komen: 10

Pelakon veteran, Mak Wan Latah mendedahkan kesukaran untuk mendapatkan tawaran pekerjaan mungkin disebabkan dia terpalit dengan beberapa kontroversi panas sebelum ini. 

Pemilik nama lengkap, Halimatussa’diah Mohd Daud, 62, berkata dia berusaha mencari peluang kerja daripada beberapa produksi tetapi ditolak dengan pelbagai alasan.



"Buat masa ini saya tak buat apa-apa, sudah lama tidak menjalani penggambaran drama. Saya ada tanya job pada produksi tetapi tidak tahu apa alasan mereka tidak mengambil saya berlakon.

"Saya rasa mungkin ada kaitan dengan kontroversi saya sebelum ini," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mak Wan berkata salah satu alasan yang digunakan pihak produksi ialah mereka menginginkan pelakon yang mempunyai jumlah pengikut tinggi di media sosial.

Lebih membuatkan dia kesal apabila melihat produksi sering memberikan tawaran kepada individu sama sehingga menyebabkan pelakon sepertinya sukar mendapatkan pekerjaan.



"Saya sudah berlakon 24 tahun, tapi bila dah tanya alasan stesen televisyen minta nak tengok (follower) media sosial.

"Mereka hanya ambil nama-nama pelakon popular. Apa salahnya kongsi rezeki. Saya tak dengki. Tapi balik-balik wajah yang sama. Apa jadi dengan kami yng tak ada job ni?

"Saya dah tak ada duit. Takkan nak merayu pada anak. Mereka pun ada komitmen sendiri," ujarnya.

Bagi menampung kehidupan, Mak Wan berkata dia kini giat menjalankan perniagaan jualan makanan

Malah, dia juga mahu membuka lembaran baharu dan tidak mahu terpalit lagi dengan kisah kontroversi lama.

"Saya kini berniaga di uptown. Malam ini (malam Khamis) saya akan ke Pulau Pinang untuk berniaga pelbagai jenis makanan termasuk sambal hitam, cookies dan bawang goreng.

"Saya kena bina semula hidup saya. Yang berlalu biarlah berlalu... akaun bank saya pun tinggal kosong. Apa yang berlaku biarlah berlalu saya tidak mahu ingat lagi," ujarnya.


Pada 2022, Mak Wan terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk isu perkahwinan ketiganya yang bertahan hanya tiga bulan.

Mak Wan turut terpalit dengan isu pertengkaran dengan bekas pembantunya yang dikenali sebagai Amell sehingga kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Untuk rekod, Mak Wan berkahwin dengan Husain Dolah pada 22 Januari 2022 di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Pasangan ini bercerai pada 21 April 2022 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 4-8-2023 09:25 AM
ksian gak.. tp btl ka kontrovesi psl dia tu?
Quote ReginaGeorge 4-8-2023 09:29 AM
Pihak produksi pun cari makan kak, bukan kebajikan.
Quote anilanil 4-8-2023 10:03 AM
Edited by anilanil at 4-8-2023 10:05 AM

Produser pon serem nek...Dah mulut terkumat-kamit cam baca mentera waktu baca skript. Waktu sihat dok happy hour kat karaoke. Waktu sakit amik gambar dlm bilik stor. Ubat nak amik kat private clinic, padahal gi kk bayar singgit utk registration.
Quote doubleharmonic 4-8-2023 10:33 AM
hengatkan rina harun



Quote prince_marhaen 4-8-2023 11:09 AM
Production house pun takut nekkk kalau tiap kali shooting kena bau kemenyan kena bau tanah, tengok mulut kumat kamit baca jampi... rumah pun sepah2 macam dalam reban...job takde tu kemas2 lah rumah...baru rezeki nak masukkk...
Quote dudaberhias 4-8-2023 01:52 PM
rhoper macam eyra hazali kertu yach...

apa kata mak wan jadi penyondol jah macam si birah...

kebetulan bilik sama2 bersepah...

dan mak wan lagi lawa kot dari birah... rhoper ala2 eyra hazali... cuma dah kertu jah...

Quote sharlenetexas 4-8-2023 01:54 PM
Watak org tua pun nk pelakon popular gak ke?

Quote Rotipitadaging 4-8-2023 02:45 PM
Aku plak nmpk muka acik wan mcm zilabakarin
Quote downiey 6-8-2023 08:06 AM

hahahahhahahha ade iras!!
Quote Pak.dolla 6-8-2023 09:07 AM
tak adil betoi...pileh kaseh

ada ramai je retis lain yg kontobesi...ada pelakor, ada rampas bf org, ada tayang burung, ada yg main burung, ada yg molot puaka suka maki²...kaki pukul...laku je...bukak tv muka² tu je keluar...lahabau betoi...hahaha..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.183558 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top