Seorang doktor terlalu marah ketika membuat pendedahan mengenai kejahilan ibu bapa dalam bab ilmu keibubapaan sehingga memberi bayi mereka yang baru berusia empat bulan makan pisang. Ceritanya di TikTok, pasangan suami isteri itu membawa anak mereka ke bahagian kecemasan untuk pemeriksaan segera kerana mengalami sesak nafas dan kesukaran membuang air besar.
Dr Felix mendakwa, ibu bapa itu pada mulanya enggan berterus terang sebelum akhirnya mengaku memberi anak mereka makan pisang. Akibat kebodohan pasangan itu, doktor berkenaan berkata, bayi itu dalam keadaan yang agak teruk dengan perutnya mengembung dan nafasnya laju dan pendek-pendek. Dek terlalu mengikut emosi, Dr Felix dalam keadaan marah memberi peringatan kepada orang ramai supaya jangan 'buat anak' sekiranya belum bersedia untuk menjadi ibu bapa.
Doktor itu turut kesal apabila diberitahu bahawa bayi malang itu juga diberi makan nasi sejak usia 40 hari kerana akur dengan arahan ibu mentua. - CARI
|
Decaffeinated replied at 3-8-2023 08:52 PM
Nak jimat kos la tu. Pisang banyak belakang rumah petik ja.
chilly replied at 4-8-2023 09:51 AM
Aku ada soalan la. Kenape baby sezaman kita dulu, mak2 suap segala maknenek makanan kita hidup sampa ...
ADVERTISEMENT