Tular konten yang dibuat oleh sekumpulan niqabis ditegur oleh netizen namun mereka seolah-olah tidak dapat menerimanya. Golongan ini bertindak menyekat netizen yang menegur dan mengecam mereka.
“Sudahlah merosakkan pakaian sunnah, tidak beradab pula. Bila sudah bertutup, sepatutnya semakin malu, bukannya makin tak malu. “Nak kata cari makan dekat TikTok? Tak nampak gaya macam nak cari makan, tapi nampak gaya nak menggedik saja. “Kena tegur sikit, mulalah meroyan, melenting, block semua orang. Padahal mereka yang biadap,” tulis Bintu Ibrahim. Di Facebook, seorang wanita turut meluahkan perkara yang sama apabila cuba menegur seorang niqabis yang dilihat seperti tidak menjaga sikapnya selari dengan pemakaian.
“Dah banyak kali juga lalu lalang fyp TikTok aku, budak pakai niqab dok gedik-gedik live 2-3 pagi. Satu hari aku ada komen dekat seorang niqabis yang cakap meleweh disaksikan 2.3k viewer yang hampir keseluruhan penontonnya ialah ajnabi. “Kenapa aku boleh tau, yang masuk komen kebanyakannya adalah lelaki. Perempuan adalah dua tiga, aku rasa kawan-kawan niqabis dia. Sama naik,” katanya. Loading FB Post... Ketika wanita ini menegur cara pembawakan gadis tersebut semasa siaran langsung itu, secara tidak semena-mena dia telah disekat. “Dah aku kena block, bila dikata niqab itu sunnah, awak bawa pakaian sunnah. Kalau begini caranya, elok jangan dicemarkan pakaian ini. Cukup bawa gedik tu sahaja,” katanya. Wanita ini juga berasa pelik dengan trend yang dibawakan oleh niqabis-niqabis ini. “Aku ramai je kawan berpurdah. Tetapi setakat ini tiadalah yang buat live gedik pukul dua tiga pagi, suara manja mendesah. “Make up mata tu kalah aku yang memang tabaruj ni. Bukan main panjang eyeliner kau. Maskara berlayer. Kadang siap letak star lip lap dekat hujung mata. “Niqab tu tak salah. Cara kau bawa niqab itu di mata orang lain je salah. Betulkan balik niat pakai niqab. Kalau belum mampu, cukup pakai yang biasa asal ikut syariah,” katanya. Menerusi ruangan komen di TikTok, ramai yang mengatakan sekumpulan niqabis itu teruja apabila memperolehi banyak ‘gift’ tanpa memikirkan kesan perilaku mereka yang menjadi tontonan umum. Bahkan ada yang menganggap itu sebagai satu ujian buat mereka. -CARI Sumber: The Reporter
|
Binodino replied at 3-8-2023 07:01 PM
Niqab tu sekadar nak tutup muka taknak bagi orang kenal je. Niqab sekadar untuk berfesyen.
_blackbird replied at 3-8-2023 07:43 PM
Sejak bila niqab / purdah ni pakaian sunnah? Ni kan mmg culture arab dari jaman jahiliyah bezakan ha ...
Atata replied at 3-8-2023 08:17 PM
Anak buah aku umur 15 tahun pun sukaaaa acah2 berniqab. Kami selalu nganjing je hahahha. Budak2 baru ...
ADVERTISEMENT