Seorang lelaki berusia 21 tahun tergamak menganiaya anak tiri berusia lapan tahun sehingga meninggal dunia. Kejadian yang berlaku pada Jumaat, 28 Julai 2023, jam 5.30 petang di Desa Tamiang, Tangerang, Indonesia itu menyaksikan suspek mencekik dan menekup mulut mangsa sehingga tidak sedarkan diri.
Indo Zone melaporkanm, mangsa ditimbus ke dalam lumpur di kawasan sawah. Bagaimanapun, mangsa ditemui oleh orang awam yang kebetulan lalu di kawasan itu dan sempat dikejarkan ke hospital. Malangnya, doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Susulan kejadian itu, suspek telah ditahan untuk membantu siasatan. Semasa disoal siasat, suspek mengaku telah membunuh anaknya yang dikatakan selalu menangis dan cerewet. Selain itu, keluarganya juga dihimpit masalah kewangan dan mahukan bantuan daripada orang ramai.
“Dia ingin mendapatkan dan mengharapkan bantuan daripada orang ramai apabila mangsa telah meninggal dunia. “Di mana akan ada jiran-jiran yang memberi bantuan seperti beras atau wang,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Tangerang, Arif Nazzarudin. Suspek kini ditahan polis dan akan didakwa mengikut akata perlindungan kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman penjara selama 15 tahun atau seumur hidup atau hukuman mati. -CARI
|
chiyoasuka replied at 4-8-2023 09:27 AM
hbs tuu knpa buat anakkkkkkkkkk klu akhirnya d bunuh
primarikey replied at 4-8-2023 09:58 AM
ank tiri sis
ADVERTISEMENT