CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bawah 18 Tahun Dihalang Akses Internet Antara Pukul 10.00 Malam Hingga 6.00 Pagi

3-8-2023 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4665| Komen: 6

BEIJING: Kanak-kanak dan remaja China akan disekat daripada mengakses internet pada waktu malam.

Penggunaan telefon pintar mereka dikawal di bawah peraturan baharu yang bertujuan memerangi ketagihan internet.


Di bawah sekatan yang akan berkuat kuasa pada 2 September ini, sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun akan dihalang daripada mengakses internet dengan peranti mudah alih antara pukul 10.00 malam hingga 6.00 pagi.

Gambar Hiasan

Sistem berperingkat untuk menguruskan masa penggunaan telefon pintar juga akan dikenakan, merangkumi maksimum 40 minit sehari bagi mereka yang berumur di bawah lapan tahun hingga dua jam untuk mereka yang berumur 16 dan 17 tahun.

Peraturan baharu yang dicadangkan oleh Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) adalah antara yang paling ketat di dunia.

Walau bagaimanapun, ibu bapa akan dapat memintas had tersebut jika mereka mahu.


CAC berkata, peraturan itu akan meningkatkan peranan positif internet, mewujudkan persekitaran rangkaian yang menggalakkan selain mencegah masalah ketagihan internet kanak-kanak bawah umur.

Sekatan itu juga didakwa dapat membimbing kanak-kanak di bawah umur untuk membentuk tabiat penggunaan internet yang baik.

“Langkah-langkah itu akan dibina berdasarkan usaha sedia ada untuk mengukuhkan perlindungan dalam talian terhadap kanak-kanak di bawah umur.

“Usaha ini termasuk memperkayakan kandungan yang sesuai dengan umur dan mengurangkan pengaruh maklumat buruk,” katanya.

Pada tahun 2021, China mengehadkan jumlah masa permainan untuk kanak-kanak dengan matlamat memerangi ketagihan dan membekukan kelulusan permainan baharu selama sembilan bulan.

Tindakan itu merugikan banyak syarikat termasuk raksasa sektor teknologi Tencent.-CARI

Sumber: Utusan/AFP

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 3-8-2023 08:18 PM
tolong/mohon laksanakan kt Msia....
Quote Triple_8 3-8-2023 08:41 PM
Padan muka keturunan cipel sejati.
Quote rosedemon 4-8-2023 07:59 AM
mlysia sila laksnakan
Quote chiyoasuka 4-8-2023 09:28 AM
malaysia pn ptt buat mcm ni
Quote hayrin86 4-8-2023 09:33 AM
chiyoasuka replied at 4-8-2023 09:28 AM
malaysia pn ptt buat mcm ni

Tak mungkin.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.118217 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top