CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dua Hari Satu Malam! Anna Jobling Puas Dapat Bersama Peminat

3-8-2023 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5463| Komen: 14

Selepas berjaya merangkul trofi Aktres TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, baru-baru ini, Anna Jobling menunaikan janji bercuti bersama peminat.

Anna mengakui lega berjaya mencuri masa bersama ahli kelab peminat di Ipoh, Perak pada hujung minggu lalu.


Foto: IG

"Menang atau kalah, itu lain cerita, tetapi apa yang pasti, saya mahu meluangkan masa bersama peminat untuk menghargai usaha mereka.

"Alhamdulillah, saya diberikan peluang. Walaupun singkat, ia sangat bermakna buat saya," katanya kepada BH Online.

Percutian dua hari satu malam yang berlangsung di Taman Tema Sunway Lost World of Tambun itu dihadiri oleh lebih 40 ahli kelab peminat.



Anna berkata, percutian itu adalah tanda penghargaannya atas usaha dan masa yang dikorbankan oleh peminat yang bersengkang mata mengundinya.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada setiap peminat dan penyokong yang mengundi. Tak kira di mana mereka berada, sama ada Malaysia, Indonesia, Singapura sehinggalah Brunei.

"Kalau boleh saya nak peluk setiap orang dan ucapkan terima kasih. Jujurnya, saya amat terharu dan tiada kata yang boleh menggambarkan perasaan terima kasih saya atas sokongan semua," katanya.


Selain memenangi trofi Aktres TV Popular, Anna yang buat kali pertama tercalon dan bolos kelompok Top 5 turut membawa pulang trofi bagi kategori BBNU Wanita Popular, Couple TV Popular dan Drama Popular menerusi drama yang banyak melonjakkan namanya, Melur Untuk Firdaus.

Dalam perkembangan lain, Anna akan ke Bali, Indonesia sekitar pertengahan bulan ini untuk menjalani penggambaran drama bersiri untuk terbitan platform penstriman Over The Top (OTT), MNC TV.


"Saya takut dan gementar, tak boleh bayangkan apa yang akan berlaku, saya juga tak sabar nak timba pengalaman baharu dan kongsikan bersama peminat saya," katanya yang tetap akan berulang alik ke Kuala Lumpur.-CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 3-8-2023 07:50 PM
Selalu klu mcmni fans kena bayar sendiri kan?
Quote KarinaKapur 3-8-2023 08:58 PM
Gmbar dgn fans dia upload sekeping dua je,yg lain gambar sorg2...pastu thank u kat lost world,bkn thank u kat peminat..
Quote youell 3-8-2023 09:13 PM
Puas bersama peminat...hahahaha. tp gambar syok sendiri sorang2 je. Peminat jenis terhegeh2 kat retis ni. Retis pulak, terpaksa la acah mesra.
Quote love_warrior 3-8-2023 09:31 PM
Pic dgn pemenat pon dua kepin, tu pon crop boh dlm 1 gmbaq... Valid lagi kapel telur utk firdaus ni...
Quote laicibiru 3-8-2023 09:31 PM
youell replied at 3-8-2023 09:13 PM
Puas bersama peminat...hahahaha. tp gambar syok sendiri sorang2 je. Peminat jenis terhegeh2 kat reti ...

fans retis memang redha je chuols. Asalkan dapat bergesel bahu dengan retis pojaan
Quote rosedemon 4-8-2023 08:06 AM
okayyyyyyyyyyyyyy komen nk kutip kacang je
Quote chiyoasuka 4-8-2023 09:29 AM
apa2 la hahahahaha
Quote hokeypokey 4-8-2023 09:47 AM
anna jobling never jobless
Quote vanillaninja 4-8-2023 01:19 PM
Second pic tu nampak macam Anne Hathaway. Lawa pulak.
Quote dudaberhias 4-8-2023 01:23 PM
sheols beramas mesra dengan peminat macam mana tu?

Quote mamaterrer 4-8-2023 01:28 PM
vanillaninja replied at 4-8-2023 01:19 PM
Second pic tu nampak macam Anne Hathaway. Lawa pulak.

Betul2..lawa die ni..tsuke ms drama ngn Rita ngn Umi Tu..lawa betul die..
Quote renko 4-8-2023 04:38 PM
perasan menang BPP aritu ni
hahaha padan muka anna blowjob tak menang
Quote renko 4-8-2023 04:40 PM
love_warrior replied at 3-8-2023 09:31 PM
Pic dgn pemenat pon dua kepin, tu pon crop boh dlm 1 gmbaq... Valid lagi kapel telur utk firdaus ni. ...

mengekek baca telur untuk firdaus
ahjhahahahahahahahaha
Quote Rogue98 5-8-2023 01:19 AM
Anna ni tak ke mana lah karier dia. So so jer lakonan. Harapkan kisah cinta yg tak berapa nak cinta dgn mamat K-pop tu jer lah. Muka pun tak berapa nak menjadi ...melayu pun tak...minah saleh pun tak...mcm keling yg tak cantik. Next year mmg dah takde dah aku rasa. Unless dia improve and dapat watak dlm filem.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.199494 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top