CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemuda Campak Anak Saudara Ditahan Di Hospital, Alami Gangguan Mental

3-8-2023 06:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4288| Komen: 8

Pemuda mencampak dua anak saudaranya berusia 40 hari dan tiga tahun dalam kejadian di sebuah blok di Flat Nusantara, Sungai Pinang di sini, petang kelmarin kini direman.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan penahanan dilakukan anggota dari Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut ketika suspek menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).


Menurutnya, suspek yang merupakan seorang penganggur berusia 28 tahun bagaimanapun, ditahan di hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Lokasi kejadian suspek mencampak dua anak saudaranya di Flat Nusantara, Sungai Pinang, petang kelmarin. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

“Kedua-dua mangsa dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di HPP. Semasa kejadian, suspek dalam keadaan tidak berpakaian dan cedera pada pergelangan tangan kiri akibat dikelar olehnya sendiri.


“Menurut ahli keluarga suspek mengalami gangguan mental sejak sebulan yang lalu,” katanya di sini petang ini.

Soffian memberitahu, tempoh tahanan reman ke atas suspek dibenarkan selama tujuh hari sehingga 9 Ogos ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kecederaan patah kaki kiri dan cedera pada mulut akibat dicampak suspek dari tingkat satu koridor rumah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam, adik kanak-kanak perempuan itu berusia 40 hari turut dihempas ke lantai rumah dan dilaporkan mengalami pendarahan otak. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 4-8-2023 09:30 AM
ya Allah jauhkan la aku drpda benda2 bgni… ksian sgt yg jd mangsa
Quote hokeypokey 4-8-2023 09:43 AM
bayi 40 hari pendarahan otak???? abes la wehhh
Quote dua_chzy 4-8-2023 09:46 AM
Dah sampai masa pesakit mental diberi severe punishment.
Quote shy79 4-8-2023 09:49 AM
ok thats it..pendadih jgk kan..
no wonder jadi mental pun
Quote downiey 4-8-2023 06:57 PM
Ya Allah, serammnye
Quote shernazz 5-8-2023 01:20 PM
Elok.matikan aje jantan.tu
Hidup pung tak Guna sesen
Quote Lagubestbest 5-8-2023 09:35 PM
rehab je, tapi bagi rehab yg macam gotham batman punya.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.031166 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top