Seorang lelaki warga emas di Birmingham, England, meninggal dunia selepas 24 jam memeluk Islam, pada 28 Julai lalu. Sumber ilmfeed menyatakan, Anthony Mark Wainwright melafazkan ucapan Syahadah ketika terlantar di atas katil di sebuah hospital.
Lelaki itu terdahulu disahkan menghidap kanser dan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan. Dia merupakan pekerja di sebuah pasar raya tidak mempunyai keluarga dan selama ini dikelilingi rakan sekerja yang kebanyakannya beragama Islam. “Pekerja Islam yang bekerja di pasar raya itu melayannya seperti keluarga sendiri,” tulisnya dalam video itu. Apabila mengetahui hayatnya tidak akan lama di dunia, Anthony menyatakan hasratnya kepada rakan-rakan agar majlis pengebumiannya dilakukan berhampiran dengan masjid. Rakan muslimnya menjelaskan bahawa hasrat itu tidak dapat ditunaikan jika dia belum memeluk Islam. Mendengar perkara itu, Anthony terus meminta untuk memimpinnya mengucapkan dua kalimah Syahadah. Selang 24 jam pada hari Jumaat, Anthony menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 60 tahun. Pengebumiannya dihadiri puluhan penduduk setempat yang beragama Islam di Green Lane. Video tentang penghijrahannya telah menarik perhatian pengguna media sosial dan ramai yang mendoakannnya. -CARI
|
gigahertz replied at 3-8-2023 09:41 PM
cemburu tgk dia
ctaz replied at 3-8-2023 08:22 PM
inalillahi wainailaihi rojiun ...
Allahuakbar..
Alhamdulillah....
Suchi replied at 4-8-2023 12:18 AM
Arwah ni mesti seorang yang baik ketika hidupnya
ADVERTISEMENT