Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menerusi hantaran di Instastory berharap semua padang di Malaysia akan mengikut langkah Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang sudah menaik taraf padang.
Tegas pemilik Johor Darul Takzim (JDT), setiap pasukan Liga Malaysia (Liga M) sepatutnya lebih mengutamakan kualiti untuk keselesaan pemain berbanding menghabiskan peruntukan untuk memborong pemain import. Kenyataan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu dimuat naik sebagai respons kepada satu laporan media yang menyatakan bahawa rumput jenis Zeon Zoysia sudah mula dipasang di SNBJ dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober ini sebelum Pestabola Merdeka berlangsung. Terdahulu, Tunku Ismail bermurah hari menaja kos penanaman rumput baharu yang dianggarkan mencecah sehingga RM2.3 juta di gelanggang keramat Harimau Malayaa itu sebagai sumbangan kepada bola sepak Malaysia. Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi antara empat buah stadium utama di Asia Tenggara yang menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia selain Stadium Nasional Singapura, Stadium Utama Gelora Bung Karno serta Stadium JDT, Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri. Sumber: Majoriti
|
ADVERTISEMENT