CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gaun Nampak Lurah- Jasmine Suraya Tak Peduli Dikutuk, Rasa Macam Bollywood Princess

3-8-2023 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4621| Komen: 23

Ramai kecoh bila tengok penampilan Jasmine Suraya yang menggayakan gaun seksi di Anugerah Malaysia International Film Festival (MIFF), baru-baru ini.

Jasmine, atau nama sebenarnya Jasmine Chin Xian Mei, 33, memperagakan gaun malam rekaan pereka fesyen terkenal, Ivan Young.


Foto: IG

Rata-rata netizen mengkritik penampilan Jasmine kerana menyangkakan Jasmine beragama Islam. Namun ramai juga yang mempertahankan Jasmine kerana merasakan gaun yang digayakan aktres itu sangat cantik.

Tidak ambil peduli dengan kecaman yang diterima, Jasmine sebaliknya sangat teruja apabila dapat menggayakan gaun rekaan daripada Ivan Young.


“Gaun ini direka khas untuk saya dan anda tidak akan dapat saksikannya disarungkan oleh orang lain.

“Materialnya adalah seratus-peratus kain sutera serta butiran hiasannya dijahit dengan tangan. Saya sukakan rekaannya yang juga menampilkan helaian cape yang meleret panjang, rasa macam Bollywood princess bila berjalan di atas karpet merah.

“Saya dah baca setiap komen positif mahupun negatif tentang baju itu. Saya sebenarnya gembira juga bila mendapat banyak pujian dan teruja apabila visi saya dan Ivan dapat dijayakan dengan terhasilnya gaun yang cukup indah ini,” kongsi Jasmine.


Lebih menarik, pereka antarabangsa kelahiran Guangzhou, China itu juga sebelum ini pernah merekakan gaun untuk beberapa selebriti antarabangsa, termasuk penyanyi Ariana Grande.

Dalam perkembangan lain, Jasmine yang lebih tertarik untuk berkongsi tentang karier lakonannya berkata, dia kini bekerja keras untuk menambah baik kemahiran lakonannya.


“I would like to do more diverse and mature roles moving forward. Misi saya mahu bekerjasama dengan ramai penggiat filem tidak kira lokal dan antarabangsa. Saya mahukan naskah yang diluar kotak, yang mungkin sedikit provokasi dengan jalan cerita yang menarik”, kata Jasmine.

Jasmine turut berkongsi yang dia bakal menjayakan sebuah filem yang diterbitkan oleh produksi antarabangsa tidak lama lagi, namun dia tidak boleh mendedahkannya lebih lanjut. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 4-8-2023 08:05 AM
okayyyyyyyyyyyyyy komen nk kutip kacang je
Quote sangbara2020 4-8-2023 08:13 AM
jumaat yg barokah ni maleh nk komen yg bukan2...ok nexttttttttttt
Quote cruz2 4-8-2023 08:14 AM
rosedemon replied at 4-8-2023 08:05 AM
okayyyyyyyyyyyyyy komen nk kutip kacang je

Dh kenapa semua thread u komen mcm ni? Points u pon dh bykkan?
Quote chiyoasuka 4-8-2023 09:35 AM
tp dia bukan muslim kan?
Quote MistrezHermanaz 4-8-2023 09:39 AM
dia non muslim..soooo?
Quote hokeypokey 4-8-2023 09:45 AM
takpe cantik slim tak sakit mata
Quote lasagna 4-8-2023 09:46 AM
lahhhh dia ada ke nama cina ke.. igt tak ada.
igt nama suraya tu ada dlm ic.
mcm perenang negara nurul huda abdullah tu dulu.
Quote shernazz 4-8-2023 09:53 AM
Lah..lurah apa nya
Landasan je Aku tengok
Quote bulalof 4-8-2023 09:58 AM
nak bagi org ingat kat dia yg ternyata ummah dah tak amik port.
Quote mamajawie 4-8-2023 10:11 AM
ok byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Quote idril 4-8-2023 10:13 AM
celah mana lurah nya?
Quote heythere123 4-8-2023 10:40 AM
kalau cantik takpe la jugak, ni lebih ke syok sendiri sajork

Kalau Nia Atasha yg join VS campaign pakai mesti lagi meletop.
Quote bbi25 4-8-2023 11:09 AM
bab kata adik marsya bbnu, "inilah diri saya yang sebenarnya"
Quote iolss 4-8-2023 11:13 AM
rata je.... ke mata iols rabun
Quote Kurex 4-8-2023 11:42 AM
Hollywood princess tak berkerak yach!!!
Quote Kurex 4-8-2023 11:43 AM
Ehhh ingatkan liyana jasmay...
Quote dakewa 4-8-2023 11:51 AM
Lurah pon sendu nyahh
Quote getah 4-8-2023 11:51 AM
non muslim kan. soooooo
Quote eyansss 4-8-2023 12:12 PM
korang ni asyik cakap “dia nonmuslim”…  agama lain pun tak anar seksimeksi…  hahaha…  anyway, lantak kome la nak pakai apa pun…

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.032589 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top