CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Badan Berisi, Tak Cergas- Pelari Somalia Dapat Tempat Terakhir Acara 100 Meter, Terpilih Sebab Guna 'Kabel'?

3-8-2023 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4712| Komen: 32

Nasra Ali Abukar mencetuskan kontroversi apabila menamatkan larian 100 meter dengan catatan masa 21.08 saat.

Menerusi video tular ketika sesi kelayakan di Sukan Universiti Dunia di Chengdu, China, pelari Somalia itu menjadi yang terakhir tiba di garisan penamat, jauh ditinggalkan peserta-peserta lain.




Atlet bertudung itu juga dilihat mempunyai badan yang sedikit berisi dan kelihatan kurang cergas berbanding peserta lain yang mengambil bahagian dalam acara larian pecut itu.


Dalam perkembangan terbaharu, Menteri Belia dan Sukan Somalia Mohamed Barre Mohamud memohon maaf atas kejadian itu, lapor The Guardian.

Ujarnya, dia tidak mengetahui bahawa Nasra terpilih untuk menyertai acara larian 100 meter menerusi kejohanan itu yang berlangsung pada Selasa.


Kementerian turut mengarahkan Jawatankuasa Olimpik Somalia menggantung Pengerusi Persekutuan Olahraga Negara, Khadija Aden Dahir yang didakwa mempunyai hubungan persaudaraan dengan Nasra. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honeybee1802 3-8-2023 05:33 PM
Hagak2 kot ye nak pilih abak sedara ke haper...bior le ada bakat....
Quote Paiya 3-8-2023 05:40 PM
memang patut dipecat si Khadija tu
dah memalukan negara...
1st time aku nampak
pelari berbadan sedikit gempal
Quote hareeeesah 3-8-2023 05:40 PM
Ni saing-saing sports day anak iols boleh la ni..
Quote antikorok 3-8-2023 05:44 PM
Somali biasa laju kan atlet nyeh. Ni memang betol2 nak menjahanamkan nama negara sendirik gaytuhh
Quote salimrock 3-8-2023 06:03 PM
kah kah ... takpe la pakai duit kerajaan somalia kan?  ok la tu dpt juga la nasra abubakar berjalan2 ke china, chengdu
Quote hyie 3-8-2023 06:04 PM
lepas sampai garisan terus melompat ala2 macam bebudak sekolah yang excited dapat habiskan larian sambil mengah2 gitohhh
Quote noor2 3-8-2023 06:35 PM
Hahaha .....
Quote dua_chzy 3-8-2023 06:40 PM
100 meter ko lari 21 saat, dah kenapa? Tahi berat sangat dalam usus ka?
Quote eyansss 3-8-2023 06:41 PM
hyie: lepas sampai garisan terus melompat ala2 macam bebudak sekolah yang excited dapat habiskan larian sambil mengah2 gitohhh


aku baru nak cakap menda yang sama…  hahahaha…
Quote dani-rox 3-8-2023 06:41 PM
1st time tengok atlet somalia montel sebegini rupa

kot ya pun tolong guna kabel, cari la yg at least ada pengalaman jd atlet. ni esok nak berlumba, hari ni masih melantak potato chips.
Quote matamata 3-8-2023 06:58 PM
antikorok replied at 3-8-2023 05:44 PM
Somali biasa laju kan atlet nyeh. Ni memang betol2 nak menjahanamkan nama negara sendirik gaytuhh


Atlet Somalia ni rata2 tak laju tp battery power tahan lama...
Jarang tgk kat 100m...marathon ka Jalan Kaki ka mmg doarg sapu habis
Quote brego 3-8-2023 07:14 PM
ni la nama nya over konfiden
Quote zuriey 3-8-2023 07:21 PM
Ko p berlari pusing tasik titiwangsa je la dekk
Quote mejaputih 3-8-2023 07:27 PM
Adeh...sblm2 tu takde soksek2 dari atlet lain ke psl atlet ni ke kat somalia tu?
Quote kucing_gebu 3-8-2023 08:03 PM
Boleh join sukaneka pra sekolah ni..comei pulak tang dia melompat2 tu
Quote honeybee1802 3-8-2023 08:12 PM
matamata replied at 3-8-2023 06:58 PM
Atlet Somalia ni rata2 tak laju tp battery power tahan lama...
Jarang tgk kat 100m...marathon ka J ...

Tp iols rs atlet hok ni nak lari jarak jauh pun mcm tak lepas jek...
Quote susukambingbest 3-8-2023 08:14 PM
hareeeesah replied at 3-8-2023 05:40 PM
Ni saing-saing sports day anak iols boleh la ni..

Sport day budk2 sek skrg ni pun bwh 10 saat uol. Klu sek rendh cttan msa ank iol juara 100m ri tu 8++. Yg msuk mssd mggu dpn smua bwh 10s
Quote Decaffeinated 3-8-2023 08:18 PM
Fitnah ja ni. Nak memalukan islam le tu. Sebab beliau menutup aurat.
Quote sukacactus 3-8-2023 08:22 PM
Part last tu lalala je dia happy2 dah abis acara

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.055201 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top