CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Syarikat Penghantaran Parah Dua Lori Terjun Jambatan

3-8-2023 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2369| Komen: 8

Seorang pekerja sebuah syarikat penghantaran parah selepas lori dipandunya terjunam dari jambatan setinggi 15 meter.

Kejadian di Kilometer 336, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Tapah sekitar pukul 7 pagi itu turut mengakibatkan sebuah lori kontena muatan barangan runcit terjunam ke bawah jambatan.


Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, ketika kejadian, lori kontena yang dalam perjalanan ke Ipoh itu mengalami kerosakan mekanikal dan berhenti di lorong kecemasan.


KEADAAN dua lori yang terjunam dari jambatan setinggi 15 meter di Kilometer 336, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Tapah. - UTUSAN/PDRM

Katanya, sebuah lori syarikat penghantaran yang menuju arah sama telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian kanan hadapan lori kontena tersebut.

“Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terjunam ke bawah jambatan. Pemandu lori syarikat penghantaran berusia 42 tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Tapah.


“Dalam kejadian itu, pemandu lori kontena yang kenderaan dipandunya masuk ke dalam anak sungai berusia 38 tahun tidak cedera,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kertas siasatan kes berkenaan dibuka mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor P. Prathiparaj di talian 0146178095,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 3-8-2023 04:59 PM
"“Dalam kejadian itu, pemandu lori kontena yang kenderaan dipandunya masuk ke dalam anak sungai berusia 38 tahun tidak cedera,” katanya di sini hari ini."

anak sungai ke usia pemandu lori?


anyway moga dipermudahkan urusan abang2 driver yg terbabit
15m tinggi wooo ada kot dlm 4 tingkat bangunan
situ pun hutan padat


Quote Thunderclouds 3-8-2023 05:12 PM
Astaghfirullah..harap panjang umur la yg parah tu.
Quote Thunderclouds 3-8-2023 05:14 PM
supernaturalee replied at 3-8-2023 04:59 PM
"“Dalam kejadian itu, pemandu lori kontena yang kenderaan dipandunya masuk ke dalam anak sungai ber ...


Flow ayat tu xkemas.
Skali harung igt dia tgh ckp pasal ank sungai
Quote hareeeesah 3-8-2023 05:48 PM
supernaturalee: "“Dalam kejadian itu, pemandu ...


Aku baca pn igt umur sungai ke? Eh baca blk umur driver ????
Kdg driver delivery ni laju sgt..
Quote syamzana 3-8-2023 05:55 PM
supernaturalee replied at 3-8-2023 04:59 PM
"“Dalam kejadian itu, pemandu lori kontena yang kenderaan dipandunya masuk ke dalam anak sungai ber ...

u kene baca senafas start "pemandu lori......tidak cedera" baru dpt yg 38thn tu umur pemandu
reporter kalut ribut buat ayat kot dan org lain submit artikel dulu kot

btw, semoga yg parah tu cepat sembuh. mesti laju lori neh
Quote chiyoasuka 4-8-2023 09:45 AM
semoga cepat sembuh ya..
Quote kucingitam 4-8-2023 10:30 AM
supernaturalee replied at 3-8-2023 04:59 PM
"“Dalam kejadian itu, pemandu lori kontena yang kenderaan dipandunya masuk ke dalam anak sungai ber ...

hahaaha tak pasal2 aku ketawa

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.101612 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top