CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penghuni Rumah Atas Suka Sangat Memekak Buat Bising, Lelaki Berang Pecahkan Cermin Kereta Jiran

3-8-2023 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1352| Komen: 6

AMPANG –Seorang pengawal keselamatan tak puas hati penghuni rumah atas kerap buat bising, menyebabkan dia bertindak memecahkan cermin kereta milik jirannya itu di Jalan Pandan Indah 1/23B.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 51 yang mendakwa keretanya dilakukan khianat, Sabtu lalu.

Katanya, ketika mangsa ingin menggunakan kereta yang diletakkan di, Jalan Pandan Indah 1/23B, dia mendapati cermin bahagian belakang kenderaanya mengalami keretakan dan berlubang.

Gambar Hiasan

“Ekoran itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun di lokasi kejadian kerana disyaki terlibat dalam kes yang disiasat.

“Hasil siasatan mendapati, suspek yang juga pekerja pengawal keselamatan menuduh mangsa membuat bising di rumah atas lalu menyebabkan dirinya yang tinggal di tingkat bawah tidak selesa,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Azam, semakan mendapati suspek tidak berada dibawah pengaruh dadah dan tiada rekod jenayah.

“Suspek telah direman selama tiga hari bermula semalam sehingga esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan merujuk kepada perbuatan mendatangkan khianat atas harta benda,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 3-8-2023 05:03 PM
jiran iols dia g ketuk rumah jiran sblh
pastu ckp depan2
yg kelakarnya lps dia sound tu jiran atas tiba sahut terima kasih bang
dengar smpi atas jugak

Quote rosedemon 4-8-2023 07:57 AM
g mam la korang bergasak
Quote bulalof 4-8-2023 08:51 AM
begitulah kekdahnya tinggal di dalam sarang burung.
Quote rospinki 4-8-2023 08:55 AM
mmng ada jiran bawak perangai monyet huru hara patut disound kuat2
kalua tak diorg macam perasan bagus org suka eeee padhal bawak perangai kampung ulu
org kmpg sebenarnya takde perangai hegeh2 mcm diorg tu tapi sejenis bangsa satu mana2 pergi mmng perangai macam monyet matyeh. lagi2 kat selangor ni bersepah dah
Quote chiyoasuka 4-8-2023 09:07 AM
ada je jiran yg jenis xda common sense ni.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.172892 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top