CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kad Kredit, Cukai Jalan Dan Insurans Kenderaan Guna Akaun Peribadi Maybank- Ahmad Zahid Tidak Guna Dana Yayasan Akalbudi Untuk Urusan Peribadi

3-8-2023 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1310| Komen: 5

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi diberitahu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah mengarahkan dana Yayasan Akalbudi digunakan untuk menjelaskan pembayaran atas urusan peribadi.

Datuk Rosiah Osman, 71, yang ketika itu Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid berkata, semua pembayaran bagi bil kad kredit, cukai jalan dan insurans kenderaan menggunakan akaun peribadi Maybank.


Menurut saksi pendakwaan ketujuh, pembayaran bil kad kredit isteri Timbalan Perdana Menteri juga menggunakan akaun peribadi beliau.

Foto: Kosmo

Ketika menjawab soalan peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Rosiah berkata, dana Yayasan Akalbudi hanya digunakan untuk membayar pembelian bagi aktiviti kebajikan dan juga sumbangan derma menggunakan cek Affin Bank.

Kelmarin, Rosiah menyatakan, kad kredit peribadi Ahmad Zahid digunakan bagi mendahulukan pembelian peralatan termasuk kipas, pendingin hawa dan permaidani untuk aktiviti kebajikan termasuk sumbangan kepada masjid.


Sementara itu, Ahmad Zahid ketika membela diri pada 22 Mei 2022 memberitahu, baki wang dalam akaun peribadinya lebih daripada mencukupi untuk membayar kad kredit miliknya tanpa menggunakan dana Yayasan Akalbudi.


Pada prosiding soal balas yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar, Rosiah berkata beliau tidak dapat mengingati sekerap mana kad itu digunakan untuk membeli barangan sumbangan kebajikan.

Menurut Rosiah, tidak timbul kekeliruan ketika melunaskan bayaran setelah menerima penyata bank.

Mohd. Dusuki: Kenapa perlu guna kad kredit untuk beli barang sumbangan masjid, kenapa tidak bayar sahaja menggunakan cek?
Rosiah: Tak kan nak beli guna cek, kita guna kad kredit Ahmad Zahid.

Mohd Dusuki: Barang apa yang dibeli menggunakan kad kredit?
Rosiah: Contohnya permaidani, kita guna kad kredit, selepas itu barulah keluarkan cek yayasan untuk bayar balik wang Ahmad Zahid.

Mohd Dusuki: Adakah ia (kegunaan kad kredit) berlaku dalam semua keadaan atau pembelian?
Rosiah: Tak semua, hanya dalam keadaan tertentu sebab tidak semua barang sumbangan boleh dibeli melalui kad kredit.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) bersambung Isnin depan. Ahmad Zahid, 70, dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 3-8-2023 04:46 PM
Mini COOPER??? pakai apa
Quote supernaturalee 3-8-2023 05:06 PM
dia kan klu yg ofis scan kt pintu masuk guna muka tu blh cam x agk2 klu lps alter muka

ot, ot jap
Quote Firenzza 3-8-2023 05:11 PM
supernaturalee replied at 3-8-2023 05:06 PM
dia kan klu yg ofis scan kt pintu masuk guna muka tu blh cam x agk2 klu lps alter muka

ot, ot jap { ...

Rasanya klau gi spore pun x lps, sbb muka sebenar x sama dlm pssport
Quote rosedemon 4-8-2023 07:57 AM
iyok iyokkkkk

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.086045 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top