CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Peja Buat Gangguan Seksual Di Plaza Damas - 'Saya Ada Bukti Berada Di Negeri Lain Ketika Itu'

3-8-2023 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2039| Komen: 7

Datuk Ahmad Faizal Azumu menafikan laporan polis tular mendakwa dirinya melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di Plaza Damas di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 24 Julai lalu.

Dia menegaskan laporan dibuat wanita itu sebagai satu fitnah dan akan memfailkan laporan di Balai Polis Hartamas pada Khamis.


Menurut Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu, dia mempunyai bukti ketiadaannya di lokasi tersebut pada waktu kejadian yang didakwa itu.


FB

"Saya berada di negeri lain ketika itu. Bagaimana saya boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu kepada wanita itu sedangkan saya tidak berada di sana masa tu?

"Saya sedang berbincang dengan peguam saya dan akan mengeluarkan kenyataan penuh tidak lama lagi," katanya.



Terdahulu, menerusi laporan polis, seorang wanita mendakwa dia sedang berjalan ke pejabat di Plaza Damas apabila seorang lelaki yang didakwanya sebagai Ahmad Faizal Azumu mengeluarkan kata-kata menghina terhadapnya.

"Saya sangat marah dan malu dan terus berjalan ke Blok M (Plaza Damas). Saya kemudian menceritakan kisah itu kepada suami.

"Suami saya mahu berjumpa Ahmad Faizal dan atas nasihatnya, saya didesak ke balai polis untuk membuat laporan polis demi keselamatan saya," kata pengadu dalam laporan yang tular di media sosial.

Ketika ditanya The Star, Ahmad Faizal mendakwa laporan itu adalah fitnah dan dia dalam perjalanan untuk membuat laporan balas terhadap wanita itu.

Usaha juga sedang dijalankan untuk menghubungi pengadu laporan itu. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 3-8-2023 04:42 PM
Pelanduk 2 serupa kot.
Atau wanita tu mental
Quote mek_jah 3-8-2023 04:44 PM
sumpah laknat la bio orang purcaya
Quote chiyoasuka 4-8-2023 09:47 AM
jgn fitnah sdh
Quote mojarean_X 4-8-2023 09:49 AM
Wahh timingnya cantik sekali.......
Quote Rogue98 4-8-2023 09:49 AM
Siaplah yg selera kena gangguan seksual dgn malaun ni. Walaun jer yg teruja.
Quote dua_chzy 4-8-2023 09:50 AM
Kalau tak menipu, bukan ahli politik namanya

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.085465 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top