Sebak melihat perkongsian bekas penyampai radio terkenal, Linda Onn yang teruja bertemu kembali tukang cuci yang berkerja di stesen radio berkenaan. Katanya, dahulu wanita berkenaan sering masuk melakukan kerja pembersihan setiap kali Linda mula bertugas sampai dia terbersin dibuatnya.
"Dan setiap kali tu juga kita berkongsi cerita," tulisnya. Katanya, wanita yang dipanggil sebagai Ayie itu memiliki sebuah restoran, namun tetap mahu bekerja di situ kerana suka bekerja. "Tadi ayie nasihat Linda.. teruskan meniaga. Walaupun untung sikit.. untung kecik.. teruskan.. Jangan untung besar tapi pening kepala, susah hidup. "Love u, ayie... Tak pernah sekali Linda pandang dia sebagai cleaner.. dia adalah teman.. teman yg tak pernah jemu dengan Linda ..dia adalah teman Linda berbual di studio dulu," katanya. - CARI
|
ADVERTISEMENT