CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peguam Mohon Lelaki Bunuh, Bakar Kekasih Hamil Dirujuk Pakar Psikiatri

3-8-2023 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4568| Komen: 45

Peguam bela memohon kepada Mahkamah Majistret Sungai Besar supaya anak guamnya yang didakwa membunuh kekasih hamilnya pada Mei lalu dirujuk kepada pakar psikitari.

Muhammad Nor Tamrin berkata, permohonan bagi Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 20, itu dikemukakan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah dengan mengambil kira faktor ‘natural case’ (sifat kes) yang didakwa dilakukan anak guam saya.



TERTUDUH dibawa ke mahkamah dengan dikawal anggota polis di Mahkamah Majistret Sungai Besar, Selangor hari ini. -FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMED

“Berdasarkan hasil temu bual dengan tertuduh, kami turut mempunyai keterangan terbaharu berkaitan keadaan mentalnya,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Qiwamuddin Mustapha Shakri bagaimanapun tidak membantah permohonan itu dan menyerahkan kepada budi bicara mahkamah.

Majistret Siti Hajar Ali kemudian menetapkan 26 September depan bagi sebutan semula kes berkenaan.


Mengikut pertuduhan, Muhammad Fakrul Aiman didakwa melakukan kesalahan bunuh terhadap seorang wanita berusia 21 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar di sini, kira-kira pukul 8.30 malam 22 Mei sehingga pukul 8 pagi 23 Mei lalu.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Utusan Malaysia pada 24 Mei lalu melaporkan seorang lelaki diibaratkan dirasuk syaitan apabila bertindak kejam membunuh dan membakar teman wanitanya.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan suspek sebanyak dua kali selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa.

Selain memukul dan menoreh perut pelayan restoran itu, suspek dipercayai turut sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa.

Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat mangsa, kira-kira pukul 8.15 pagi.

Siasatan mendapati wanita yang hamil empat bulan itu dibawa suspek menaiki sebuah kereta sebelum dibunuh dan dibakar di kebun tersebut, kira-kira pukul 10 malam. 


Sumber: UTUSAN


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 3-8-2023 04:01 PM
Takde dah rambut dia ya? Mesti acik2 tiktok masih kesian kat dia.
Harap yg tak lena tidur dh bleh tidur lena la ye
Quote Lavender_Violet 3-8-2023 04:07 PM
Hmmm....refer psikitiari
Pastu di sahkan ada sakit mental
Lepas hukuman gantung
Gitu je lah...
Padahal masa membunuh tu mmg ada niat pun sebab dah takut sangat
Quote renko 3-8-2023 04:13 PM
acik2 babi yang kesian2 tu masih meratap2 lagi ke
Quote azimodin 3-8-2023 04:25 PM
Harap2 doctor sahkan dia waras sewaras warasnya
Quote Manjahati 3-8-2023 04:30 PM
Moga dihukum
Quote Yoonggi 3-8-2023 04:35 PM
dia sedar kot apa yg dibuatnya. bkn mereng masa tu. patut hukum gantung je dia nih.
Quote pekanwoohoo 3-8-2023 04:42 PM
Lavender_Violet replied at 3-8-2023 04:07 PM
Hmmm....refer psikitiari
Pastu di sahkan ada sakit mental
Lepas hukuman gantung

Orang sakit mental memang boleh membunuh sesuka hati ke tanpa apa apa hukuman berat?
Quote Lavender_Violet 3-8-2023 05:01 PM
Edited by Lavender_Violet at 3-8-2023 05:04 PM
pekanwoohoo replied at 3-8-2023 04:42 PM
Orang sakit mental memang boleh membunuh sesuka hati ke tanpa apa apa hukuman berat?

Fikiran tak waras
Bila diagnosed fikiran tak waras ( not in a correct state of mind ) Court tak akan jatuhkan hukuman berat macam gantung tu. Ye lah...orang tak betul...so dia tak sedar yang perbuatan membunuh itu adalah salah
The most, penjara utk beberapa tahun ( kalau tak silap )
Atau pun hantar kat Hospital Bahagia utk rawatan mental
Quote supernaturalee 3-8-2023 05:14 PM
Lavender_Violet replied at 3-8-2023 04:07 PM
Hmmm....refer psikitiari
Pastu di sahkan ada sakit mental
Lepas hukuman gantung

plus dia ulang datang kan

tang mana ada masalah mental nya
mmg ada niat kukuh

moga dr yg menilai sok blh sahkan heols totally sane while doing what he did


Quote _kelly 3-8-2023 05:19 PM
gantung terus la..masa buat ko tak gila pulak kan
Quote Ahriman 3-8-2023 05:33 PM
Dan2 otak mereng..time berjimak tkde plak gila sawan datang..
Quote sharlenetexas 3-8-2023 05:50 PM
Ko nak duk hospital mental ke nak masuk jel?


Quote ina_na 3-8-2023 05:50 PM
Dah mmg terang2 dia gunakan Arwah tu kepentingan pencil b dia tu..dah tau nk kawin gan org lain..gatai melenjan org lain.lps tu nk tutup mulut bunuh bako.. mentang2 la arwah tu anak yatim piatu..bako je dia ni hidup2, diri sendiri pun kejam nak mampos..
Quote _blackbird 3-8-2023 05:51 PM
pekanwoohoo replied at 3-8-2023 04:42 PM
Orang sakit mental memang boleh membunuh sesuka hati ke tanpa apa apa hukuman berat?

ya boleh lepas hukuman mati tapi bukan lepas bebas kulu kilir lagi, yg disahkan mental dan lepas hukuman mati akan di sumbat ke asylum seumur hidup
Quote BumpIQ 3-8-2023 05:54 PM
sakit mental jugak ke laki tu macam mek yah?
Quote alieyrina 3-8-2023 08:13 PM
Wow nak claim gila pulak
Quote noor2 3-8-2023 08:17 PM
Ohhh pelissss....org mcm.ni elok dihukum bunuh..gantung sampai mati..x sesuai hidup...x kirala gila ke tak...tp rasanya budak jantan ni x gila pun...
Quote sambaldurian 3-8-2023 11:24 PM
Eh dia pki spek hitam ke, mmg boleh ke, or dpt surat doktor sbb x tahan silau.
Quote chilly 3-8-2023 11:35 PM
Sekarang ade lagi ke pun hukuman gantung? Bukan dah takde ke.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.047596 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top