Suami Miera Leyana iaitu Rosland Othman, 50, akan mengadakan sidang media dalam waktu terdekat berhubung perceraiannya dengan bekas isteri, Adibah Abdul Mutalib, 50. Ia dimaklumkan ibu mentuanya Aisah Abdullah kepada media yang dilihat turut hadir menemani Rosland di mahkamah sepanjang perbicaraan kes perceraian itu berlangsung.
Aisah berkata, mereka bakal mengadakan sidang media dalam waktu terdekat. "Kami akan membuat sidang media, harap boleh bekerjasama," katanya ringkas dan berlalu pergi meninggalkan mahkamah. Terdahulu, Rosland melafazkan cerai talak satu kepada Adibah tepat jam 10.50 pagi, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini. Rosland ketika di hadapan hakim berkata, dia membuat keputusan untuk lafaz cerai itu selepas tiada lagi persefahaman dan tiada perasan sayang terhadap Adibah.
Katanya, dia juga sudah tawar hati susulan Adibah membuat kenyataan di media sehingga menjejaskan dan kerjayanya. Rosland diwakili peguamnya, Nurul Balqis Nordin dari Amli & Associates. Pada 7 April lalu, Rosland memfailkan cerai terhadap Adibah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Bagaimanapun, Adibah menolak permohonan cerai difailkan Rosland dan mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian itu. Rosland dan Adibah pernah hidup bersama selama 28 tahun selepas mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata yang berusia antara 11 sehingga 26 tahun. Pada Julai 2020, Rosland berkahwin kali kedua dengan Miera Leyana. Hasil perkongsian hidup itu, mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Parit.Hilton replied at 3-8-2023 03:26 PM
eloklah buat PC. biar 1 malaysia hencap family tak sedar diri ni
biar naik darah tinggi mak si miera ...
ayukpingu replied at 3-8-2023 03:26 PM
mak mentua ni PA kepada menantu sendiri ke?
kau ingat dengan press conference tu boleh hilangkan ba ...
ADVERTISEMENT