CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Belum Terima Notis Fahmi, Saya Masih Menunggu Tindakan JAIS' - Dusuki

3-8-2023 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1643| Komen: 4

“Saya belum menerima surat tuntutan itu."

Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani mendakwa masih belum menerima sebarang notis tuntutan daripada Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berhubung dakwaan fitnah menyampaikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, baru-baru ini.



FB

"Benang basah baru nak di tegakkan, saya bersedia menghadapi semua ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Dalam pada itu, pendakwah berkenaan turut menyatakan bahawa Fahmi yang sepatutnya membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan rakyat negeri ini kerana melanggar titah Sultan Selangor.



Ujarnya, ini selaras dengan titah Sultan Selangor yang melarang mana-mana pemimpin politik menggunakan masjid atau berucap di dalam masjid atas alasan apa sahaja terutama apabila tiada tauliah untuk berucap di dalam masjid di mana-mana dalam negeri ini atas kapasiti apa pun.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan itu memberikan tempoh 24 jam kepada dua individu bagi permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan tersebut atau berdepan tindakan saman.



Notis tuntutan juga telah dihantar peguam Fahmi kepada penceramah bebas Ahmad Dusuki Abdul Rani dan pentadbir Laman Facebook ‘N13 Kuang’ berhubung isu tersebut.

Kenyataan Fahmi di Jelajah Perpaduan sempena PRN Selangor di Sungai Kandis, malam tadi adalah susulan selepas polis Selangor mengesahkan tiada unsur kempen politik berhubung ucapan beliau dalam ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang, di sini, Ahad lalu. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 3-8-2023 02:56 PM
Nak mengajar kena ade tauliah
Nak berucap dlm masjid perlu tauliah x?

Ade beza x mengajar vs berucap (bercakap)?

Mungkin x perlu mengajar, cuma bercakap...
Quote Firenzza 3-8-2023 03:16 PM
Time bkn PRN ada ke pahmi ni berckp dlm masjid?
Quote tripleid 3-8-2023 04:16 PM
Busuki ni bakal kena saman lagi lah ni

saman-saman fitnah yg dulu tu dah bayar blom??

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.032621 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top