Seorang pemandu dari Singapura menjadi tular selepas dirakam menunjukkan sikap degilnya apabila didekati seorang polis trafik. Menerusi sepotong video dikongsikan netizen, pemandu berkenaan dilihat enggan memberhentikan kenderaan sebaliknya terburu-buru cuba untuk meloloskan diri sehingga anggota berkenaan terpaksa berdiri di hadapan bagi menghalangnya dari melarikan diri.
Selepas beberapa ketika 'bergelut', anggota berkenaan berjaya membuat kenderaan tersebut berhenti di tepi jalan. Meninjau komen yang ditinggalkan di Twitter, ramai meluahkan rasa marah dengan tindakan pemandu dari Singapura itu. Ada yang mencadangkan supaya dia disenarai hitamkan daripada memasuki Malaysia dan ada juga yang meminta supaya pemandu tersebut dikenakan tindakan undang-undang. Untuk rekod, hukuman maksimum dua tahun penjara dan denda RM10,000 boleh dikenakan jika seseorang individu disabitkan kesalahan mengganggu penjawat awam melakukan kerja. Sumber: Gempak Twitter
|
cik-jaja replied at 3-8-2023 03:32 PM
yang dari sana memang pelik2 eh?
Menerusi sepotong video dikongsikan netizen, pemandu berkenaan dilihat enggan memberhentikan kenderaan sebaliknya terburu-buru cuba untuk meloloskan diri sehingga anggota berkenaan terpaksa berdiri di hadapan bagi menghalangnya dari melarikan diri.
ctaz replied at 3-8-2023 08:10 PM
malaysia baik sangat...patut dah boleh suruh si hanat tu patah balik ke singapore...
jgn kasi masuk ...
Orenn1 replied at 3-8-2023 08:23 PM
Kurang ajar sporeans ni bila dtg msia, dia ingat dtg kat developing country ni dia tak payah hormat ...
JunkMail replied at 3-8-2023 07:53 PM
Kena tegas lah. Saman 10k, banned jangan kasi masuk lagi..banned kereta, banned pemandu penumpang se ...
ADVERTISEMENT