CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taib Mahmud Semakin Pulih "Kami Mendapati Orang Ramai Terus Menerus Mencerca Keadaan Kesihatan Yang Dipertua Negeri"

3-8-2023 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3913| Komen: 23

KUCHING – Astana Negeri Sarawak mengeluarkan kenyataan, keadaan kesihatan Yang diPertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semakin pulih.

Setiausaha Sulitnya, Junih Salleh Ahmad dalam kenyataan itu berkata, beliau kini sedang menjalani pemulihan di luar negara dan akan pulang ke Sarawak, tidak lama lagi.


Foto: Utusan Borneo

“Kami mendapati orang ramai terus menerus mencerca keadaan kesihatan Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, walaupun mendapat jaminan daripada kedua-dua pejabat Astana dan Premier Sarawak bahawa beliau kini sedang menjalani pemulihan di luar negara.

“Bagi pihak Astana, sekali lagi kami ingin memberi jaminan kepada rakyat Sarawak bahawa keadaan Tun semakin pulih dan insya-Allah dengan nasihat doktor, beliau akan pulang ke rumah tidak lama lagi,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebentar tadi, bagi menolak satu lagi berita palsu mengenai Abdul Taib yang tersebar di dalam media sosial dengan menggunakan template Astro AWANI.


Justeru, Junih berharap orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan berita yang tidak disahkan dan spekulasi mengenai kesihatan Abdul Taib sekarang.

Sementara berhubung berita palsu itu, Astro AWANI turut tampil menafikan penerbitan poster hitam putih tertera nama Abdul Taib yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Tegasnya, poster yang turut tertera logo Astro AWANI berserta kapsyen al-Fatihah dan tahun kelahiran Yang diPertua Negeri Sarawak itu adalah tidak benar.

Sementara, Abang Johari yang ditemui selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, pagi tadi berkata Abdul Taib akan balik ke Sarawak tidak lama lagi.

Katanya Abdul Taib kini semakin pulih dan masih berehat di sebuah hospital di luar negara.

“Penjelasannya begini, beliau sedang bercuti di luar negara tetapi tiba-tiba jatuh sakit. Keadaannya sekarang sudah pulih dan beliau masih berehat, selepas itu beliau akan balik,” katanya.

Pada Jun lalu, satu khabar angin turut tersebar mengenai keadaan kesihatan Abdul Taib dan susulan itu, laporan polis telah dibuat oleh pihak Astana Negeri untuk siasatan dan tindakan lanjut ke atas pihak yang menyebarkan khabar angin berkenaan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 3-8-2023 02:09 PM
tak jalan lagi org tua ni...
Quote zuriey 3-8-2023 02:21 PM
Liat btl nyawa dia
Quote Supersirap 3-8-2023 02:23 PM
Semoga diberikan kesihatan dan kesembuhan
Quote supernaturalee 3-8-2023 02:23 PM
dpd bln 6 lagi kan
yg cover free2 je ape

Quote CiliPadiSedap 3-8-2023 02:57 PM
jahat betul orang masih hidup duk matikan dengan color hitam putih.
Quote haruslah 3-8-2023 03:03 PM
Harta dia bukan main byk lg
Tu pun masih la bunyi malaya kaut hasil borneo
Quote Skuau 3-8-2023 03:31 PM
haruslah replied at 3-8-2023 03:03 PM
Harta dia bukan main byk lg
Tu pun masih la bunyi malaya kaut hasil borneo

yg TU...depa ckp psl 'O & G' jer...
Quote bottombikini 3-8-2023 03:34 PM
tergelak tgk tajuk ..
Quote ifanonline 3-8-2023 03:37 PM
anak taib tengah dok saman ragad ni pasal berebut harta...org tua tak kiok lagi
Quote Kitty_catz 3-8-2023 04:18 PM
acer suh heols buat live

pehtu baru kita sembang
Quote alesandra 3-8-2023 04:26 PM
Yg diorg bengang kena cerca tu samada  liat nyawa ke atau x maklum keadaan kesihatan sebenar.x paham walau dlm bahasa melayu
Quote ayukpingu 3-8-2023 04:55 PM
Edited by ayukpingu at 3-8-2023 08:56 AM
haruslah replied at 3-8-2023 07:03 AM
Harta dia bukan main byk lg
Tu pun masih la bunyi malaya kaut hasil borneo

royalti minyak sarawak dpt 5% aje. selebih nya kena cekau kerajaan pusat 95% pergi kat malaya. padahal tu semua hasil bumi diaorg.

pembangunan seluruh negeri bergantung kepada kerajaan pusat. kerajaan pusat buat decision.  pernah pergi borneo ke tak? sekali sekala jejak la kaki ke sana, tengok sama rata tak pembangunan dengan malaya.

tapi sini aku nak bagi credit kat kerajaan negeri dia, kebajikan penduduk dia tetap dijaga.

Quote TomyamPuteh 3-8-2023 04:57 PM
Selayaknya dicerca.
Quote antikorok 3-8-2023 04:58 PM
ayukpingu replied at 3-8-2023 04:55 PM
royalti minyak sarawak dpt 5% aje. selebih nya kena cekau kerajaan pusat 95% pergi kat malaya. pada ...

Sabah dan Terengganu tersenyum sinisss
Quote Ahriman 3-8-2023 05:48 PM
Tak sabar..Drama menanti...
Quote rosedemon 4-8-2023 07:52 AM
ragad powerrrr
Quote lurve82 4-8-2023 08:15 AM
tun m pun masuk ijn kan semlm?
Quote shamsadis 4-8-2023 08:32 AM
sedar-sedar lah diri tu, kot kat akhirat ntah macam mana nanti nak mohon kemaafan kepada rakyat
Quote anony-mous 4-8-2023 08:51 AM
Ni berita sedih. lambat betul balasan

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.042504 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top