Azuana Zulkiflee, 24, menyediakan 700 gelas Starbucks bersaiz sederhana (grande) kepada tetamu yang hadir pada majlis yang berlangsung 30 Julai lepas. “Idea jemput vendor Starbucks untuk majlis kahwin ni merupakan dream wedding (perkahwinan impian) saya selama ni.
“Lagi pula tak semua orang pernah minum air dari Starbucks ni. Malah, nak order dekat kaunter pun mungkin agak mencabar bagi sesetengah orang sebab tak pandai nak buat pesanan. “Sebab itulah saya pilih untuk hidangkan minuman ni untuk tetamu. Saya pun memang dah niat nak berkongsi rezeki dengan semua yang hadir hari tu,” katanya kepada mStar. Keluar duit sekitar RM14,000, Azuana akhirnya berjaya menggembirakan hati para tetamu yang hadir ke majlis kahwinnya yang diadakan di Daza Villa Wedding Hall, Kapar, Selangor itu apabila minuman disediakan secara percuma.
Malah, katanya, dia dan pasangan, Ahmad Zainil Muzaidin, 24, begitu terharu apabila para jemputan masing-masing mendoakan dia dan pasangan agar sentiasa dimurahkan rezeki. Selain vendor Starbucks, majlisnya dengan pasangan yang merupakan pemandu lori ini turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai hidangan daripada vendor lain seperti keropok lekor, char kuey teow, apam balik rangup dan ais krim. “Saya buat tempahan 200 gelas air Chocolate Cream Chip dan 500 gelas lagi kopi Java Chip. Jadi tetamu yang datang boleh pilih antara dua minuman tu sebab kedua-duanya adalah signatur Starbucks. “Saya terpaksa buat sistem kupon hari tu sebab jemputan asal cuma 500 tetamu dan saya order 700 gelas minuman tapi saat-saat akhir ayah tambah lagi tetamu. “Apa-apa pun saya lega terima respons positif daripada semua orang. Siap ada tetamu yang tak henti-henti ucap terima kasih sebab ada antara mereka yang beritahu ini pertama kali mereka minum Starbucks. Benda macam ni yang buat saya gembira sangat,” katanya lagi. Bercerita lanjut mengenai dirinya, dia gemar mengumpul koleksi tumbler jenama Starbucks.
|
dua_chzy replied at 3-8-2023 01:57 PM
Laki kau pemandu lori?
Masa mula2 baca ingatkan anak datuk mana.
salimrock replied at 3-8-2023 02:20 PM
Saya berhenti kerja dekat sana sebab bertukar bidang kerjaya lain. Sekarang saya buat marketing untu ...
dua_chzy replied at 3-8-2023 01:57 PM
Laki kau pemandu lori?
Masa mula2 baca ingatkan anak datuk mana.
BumpIQ replied at 3-8-2023 02:36 PM
mek yah dan laki biawak mek yah takkan mampu
mek yah mesti triggered baca wakakakakaka
_blackbird replied at 3-8-2023 04:26 PM
mekyah pon kaya juga, jual axia beli treler. wow... kaya... kaya.. kaya...
ADVERTISEMENT