CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Ajari Seorang Isteri Sabar!"- Tak Kongsi Gambar Suami, Rumah Tangga Irma Hasmie Berantakan?

3-8-2023 01:31 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 40260| Komen: 221|Original author: Saiful

“Jangan ajari seorang isteri sabar. Kerana dia pernah digunting, dipotong dan dijahit hidup-hidup untuk memberimu gelaran seorang ayah”, status  Irma Hasmie cetus tanda tanya tentang rumah tangganya.


Tak pasti ditujukan kepada sesiapa, hantaran dalam Instagram itu membuatkan ramai meneka Irma ada masalah dengan suaminya.

Namun ada juga yang husnuzon, menganggap perkara diluahkan hanya peringatan kepada golongan suami supaya lebih menghargai para isteri dan wanita yang melahirkan zuriat mereka.


Pihak yang melihat dari sudut positif meminta ibu kepada dua cahayamata itu terus bersabar, manakala segelintir pemerhati lain menangkis tanggapan hanya isteri sahaja berkorban demi zuriat.

Irma dalam balasan komen memohon maaf andai dirinya terkhilaf dan meminta didoakan agar terus dilimpahkan kesabaran.


“Minta maaf semua, kebaikan itu datang daripada Allah dan keburukan adalah daripada saya sendiri,” katanya.

Tanpa memberi penjelasan lebih lanjut, dia hanya memaklumkan selama ini dia sudah cuba berpegang kepada kesabaran.

“Alhamdulillah, memang sabar itu kugenggam semampunya. Mohon doa sahabat-sahabat syurga,” tulisnya lagi.


Di ruangan komen netizen meminta lelaki bergelar suami supaya lebih menghargai suri hidup mereka.

“Hanya isteri saja yang tahu maksud ayat ini. Wahai suami hargailah seorang isteri yang Allah telah amanahkan untukmu sementara.

“Jaga dia baik-baik. Pengorbanan seorang isteri, ibu, tiada kata boleh digambarkan betapa kuat dan sabarnya mereka,” tulis seorang netizen.


Seorang pemilik akaun lain pula bersetuju dengan frasa dizahirkan Irma dengan mengatakan dirinya juga masih memilih jalan penyelesaian.

“Betul. Ini pun (saya) dalam fasa nak melangkah atau bertahan. Sebab penat nak bersabar,” tulis seorang pengikut.


Irma berkahwin dengan Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang juga ahli perniagaan pada 2012 dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 10 dan sembilan tahun.

Daripada tinjauan ke akaun Instagram miliknya, sudah lama pengacara terbabit tidak berkongsi gambar suaminya, selain turut memuatnaik hantaran yang menyentuh mengenai sandiwara dan penghargaan.- CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pichee 3-8-2023 01:54 PM
Ramai yg bash ayat2 die ni kt fb. 1st tme i bc org bash si fb..
Quote umbut 3-8-2023 02:05 PM
Kan ada bius overlah
Quote BoongaKertas 3-8-2023 02:07 PM
iols pernah rasa husband sheols helok betul. compared dgn ex bf kan.
Quote Manusiabesa 3-8-2023 02:10 PM
Ala apa nk heran dgn dia. Lama dh tgok ig dia xletak pic somi. Dunia retis ni aku x expect perkhwinan dorg tahan lama. Dunia yg gelumang dgn rezki was2 keberkatannya. Laki dia lecturer kan. Apa la kan mslh dorg. Wonder jugak nk tau.
Quote zuriey 3-8-2023 02:13 PM
Ada bau2 berantakan
Last tgk laki dia post gmbr irma & ank2 nak ke umrah last year
Masih panggil sayang.
Gmbr raya tak de
Btl la spekuan porumer2 sblm ni ada bau2 nak bercerai
Quote laicibiru 3-8-2023 02:13 PM
nyampah kadang orang camni. Suka buat post ala2 sindir spouse tapi bila orang tanya ada masalah ke, diam pulak.

kalau rasa nak sorok, tak payah la post. Ni saja nak suruh orang kepochi
Quote hyie 3-8-2023 02:21 PM
BoongaKertas replied at 3-8-2023 02:07 PM
iols pernah rasa husband sheols helok betul. compared dgn ex bf kan.

yes, esp masa baru kawen dulu, masa dah dapat anak pun rasa masih elok lagi tiber meols sokong
Quote Suchi 3-8-2023 02:23 PM
Dia keje apa je sejak tak jd artis?

Selagi dia tak kembali berlakon iols anggap masih ok ler tu
Quote Incanto 3-8-2023 02:34 PM
Suchi replied at 3-8-2023 02:23 PM
Dia keje apa je sejak tak jd artis?

Selagi dia tak kembali berlakon iols anggap masih ok ler tu

dulu dia meniaga telekung dan pakaian muslimah

ada jual kat Go Shop
Quote auntyonion 3-8-2023 02:43 PM
Irma pki labuh2 pn xkepam  
Quote sangbara2020 3-8-2023 02:46 PM
bg iolls retis2 yg xkeje retis ni
bila buat come back mkna dia ada mslh dgn psgn
Quote shark_eow7 3-8-2023 02:48 PM
semoga semuanya baik baik shj utk rumahtangga dia.
Quote pocongkiutss 3-8-2023 02:52 PM
laicibiru replied at 3-8-2023 02:13 PM
nyampah kadang orang camni. Suka buat post ala2 sindir spouse tapi bila orang tanya ada masalah ke,  ...

Dia tak suka uols tu..sebab tu dia tanak bgtau..kdg2 ada org nampak mcm kepohci khen

Kalau dia selesa ngan uols tu mesti dia citer
Quote Noraniza_Iblis 3-8-2023 02:52 PM
laki sheolss herlok ye..
ckp pun softspoken je..
iols rase mcm Irma yg dominen dlm family die..
sbb tgk gaya laki die.. jns lembut baik gitu
Quote pocongkiutss 3-8-2023 02:54 PM
Laki dia last iols tgk dulu duk pergi hiking2 je..ngan aweks2 pun ada..ke gado sebab duk sibuk hiking, anak2 tak tolong jaga? Sekian spekuan iols
Quote Whitney72 3-8-2023 02:55 PM
Laki dia sskjp kan..ore Bachok...knowing Kltnse ppl ....tau2 je lar...mmg org negeri lain pun ada yg teruk...tp yg trpaling adalah ssjkp..ini fakta
Quote Honey_Inara 3-8-2023 02:56 PM
Sokmo tertukar laki irma dengan laki diana amir. Apapun moga yang baik² je irma. Iols suka irma sejak dari zaman muda sebab senyuman dia.
Quote abangadek 3-8-2023 02:57 PM
Boleh x kalau xbahagia cerai ja ko takyah bt ayat acah2 camni bg org speku.. tahik betui la
Quote bukan_ustazah 3-8-2023 02:59 PM
Dia ni cantik lah kalau pisah pun banyak je lelaki mahu

Lihat semua komen(221)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.102288 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top