CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Marion Caunter Letih Dilabel Cantik Kerana Berduit

3-8-2023 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14016| Komen: 131

Pengacara Marion Rose Caunter, 43, mengakui dirinya ‘letih’ dilabel cantik hanya kerana kehidupannya yang mewah.

Sebaliknya, dia menegaskan kecantikan pada pandangannya menuntut kerja keras dan disiplin.



IG

“Banyak kali saya dengar orang cakap Marion ada duit, bolehlah cantik… kalau tidak, lebih baik dia bunuh diri.

“Hakikatnya, cantik bukan soal ada duit, pokok pangkalnya diri dan disiplin.

“Contohnya, jika anda berduit, banyak acara yang perlu dihadiri termasuk disajikan makanan yang sedap. Tanpa disiplin tentang soal makan, pasti saiz badan boleh mengembang dan tidak cantik,” katanya ditemui pada majlis ulang tahun pertama produknya, Mare baru-baru ini.

Suri hati usahawan, SM Nasarudin SM Nasimuddin itu menambah, selain disiplin, dia mengambil pendekatan untuk tidak melakukan rawatan muka secara berlebihan.

Marion selesa proses penuaan dilalui secara semula jadi dan kekal anggun walaupun usia semakin meningkat.


“Saya elakkan rawatan berlebihan atau guna terlalu banyak produk.

“Setakat ini saya cuma buat laser, namun kesibukan menyebabkan saya sukar cari masa untuk melakukannya,” katanya.


IG

Marion juga seperti kebanyakan wanita lain yang takut dengan masalah kegemukan.

“Sudah tentu saya risau gemuk, apatah lagi berada dalam industri ini kerana perkembangan kita sentiasa diperhatikan peminat.

“Saya kawal pemakanan dan sejak beberapa bulan lalu saya mengurangkan pengambilan gluten dan susu atas faktor kesihatan kerana mudah mengalami kembung perut,” katanya.

Bagaimanapun, kata Marion, rutin dietnya itu lazimnya diselangi cheat day yang membolehkannya menikmati nasi lemak dan menu kegemarannya, pizza.

“Ada orang kurus dan cantik tetapi stres sebab terlalu menjaga makan.

“Bagi saya bersederhana dan gembiralah dalam setiap apa yang dilakukan,” katanya.

Mengulas keindahan mahkota dimiliki, Marion berkata, penjagaan rambut bukan hanya tertumpu pada luaran semata-mata sebaliknya menuntut rawatan dalaman termasuk pengambilan vitamin.

“Seperti wanita lain, saya tidak terkecuali berdepan masalah rambut gugur terutama semasa pandemik Covid-19 melanda.

“Walaupun berambut lebat tetapi tanpa penjagaan baik dan tabiat pemakanan buruk, tidak mustahil rambut saya boleh menipis dengan cepat, sebab itulah saya hasilkan Mare untuk membantu kaum Hawa memelihara mahkota mereka,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 3-8-2023 01:28 PM
X pernah rasa muka dia ni lawa....biasa je..
Quote vanillaninja 3-8-2023 01:31 PM
Muka sheols bagi I biasa. Body and rambut sheols sangat wow. Yang lain malas nak comment.
Quote msdummy.2018 3-8-2023 01:32 PM
Ko bg cnth b40 yang bermuka cantik sma tuh..hadooo?
Quote adeqbun 3-8-2023 01:36 PM
disiplin bab makan tu stuju la..xperlu pon kaya dewata..tp bab2 lain yg die sebut tu semua kene ade ongkos baru boleh berhasil....jd nak cantik tetap kene ade duit jugak
Quote she 3-8-2023 01:36 PM
Kenapa sekarang banyak reputs cover story pasal dia eh
Dibayar Nasa ke?

Padahal dia ape je dalam dunia hiburan ni
Setakat tai tai wife konglomerat

Tapi perasan
Dia dah start tarik buyer melayu
Gigih cakap melayu (boleh pon)
Macik lebih suka Nadia dengan lakinya
Dedua elok cakap melayu
Quote _kelly 3-8-2023 01:36 PM
tapi nak cantik memang kena berduit
nak g spa la, salon la, nak beli supplemen bagai, skincare lagi..semua tu perlu duit acik mare
Quote Hoola 3-8-2023 01:44 PM
biasa je
tp dh body lawa rmbt lawa bj lawa hbag lawa

if achik2 porem are gven the chance, we are far better
Quote lyshafull 3-8-2023 01:51 PM
Dgr boleh percaya jangan
Nk rambut kepuk2 mcm tu hair cream ke ape kene yg berkualiti
Rambut stylist and treatment pi salon plg murah 300 rtus
X kan la dia x pi facial
Anak 3 ade org gaji semua org bolh lawa
Quote lyshafull 3-8-2023 01:51 PM
she replied at 3-8-2023 01:36 PM
Kenapa sekarang banyak reputs cover story pasal dia eh
Dibayar Nasa ke?


Dia kan jual produl timbg kilo rambut
Target dia mmg melayu la tu
Quote umbut 3-8-2023 02:06 PM
Anak2 muka kurenggg, kacuk x jadi
Quote jas7512 3-8-2023 02:43 PM
I sebenarnya terkesan dgn drama mandarin spore yg i tgk..tagline dia xde manusia hodoh..yg ada mamusia miskin..klu kau kaya byk duit mmg blh jadi dan nampak.lawa..nasib badan..huhu..marion ni muka biasa even for chinese tapi rambut dia dan body dia lawa mcm jeon ji hyun heroin korea rupa dia xde lah wow mana tapi sebab rambut dia cantik auto lawa
Quote ketambangkang 3-8-2023 02:47 PM
umbut replied at 3-8-2023 02:06 PM
Anak2 muka kurenggg, kacuk x jadi

entah2 muka ank dia tu mewarisi muka dia sebelum repair
Quote tipah89 3-8-2023 02:48 PM
dia boleh disiplin sbb maid je 3 orang, bykla me timenya.. nak kekal cantik pun supplement kena yg mahal2 etc2 semua tu pakai duit kannnn....
Quote Suchi 3-8-2023 03:00 PM
Edited by Suchi at 3-8-2023 03:11 PM

Wajah dia biasa saja tp sbb dia tinggi dan body dia sentiasa dijaga tu yg nampak mcm wow.

Dia mmg jaga makan sejak dr muda pun kan sama mcm daphne iking tu.
Dorang ni masa pregnant pun kering ja badan taktau la mkn ke idak tu heran tak mengembang langsung badan.

Mmg kena disiplin bab makan tu,sbb retis2 holiwod yg kaya raya duit kepuk3 pun kena jadi kamben gak bkn leh nikmati mknn sedap2 pun demi memastikan body dorang menten saiz barbie kalau tak mau saiz babi laaa weh
Duit byk,anytime leh enjoy mkn sedap2  sygnya hanya mampu mamah dedaunan hijau dgn ayam rebus tawar je demi pinggang 22 inch!
Quote Suchi 3-8-2023 03:08 PM
Edited by Suchi at 3-8-2023 03:11 PM
she replied at 3-8-2023 01:36 PM
Kenapa sekarang banyak reputs cover story pasal dia eh
Dibayar Nasa ke?



Terus iols buka ig dia sbb tak follow sheols
Laaa hai fasih  je BM pun selama ni dia tak penah ckp melayu ke?
Retis2 pun kemain komen terpesona ngn BM dia
Kalau dah malaysian tu bohong sgt la tak tau langsung BM.
Tp lakinya komen kata BM bini lebih baik drpd heols
Lakinya tak reti BM ke weh serupa laki tin itik ke?
Quote Sazreena 3-8-2023 03:32 PM
Masa dia dtg meskom uitm dulu, aku tengok so so je..tapi tayteck dia mmg padu for cainis la. Bebudak suma usha rapat je.
Quote kakJOYah 3-8-2023 03:35 PM
cer dia tak pakai produk mahal2, muka macam ah so pasar je
Quote rayna_raynes 3-8-2023 03:36 PM
Dari zaman 8TV dulu pun dia dah cantik. even tak lah berubah sgt muka dia kalau compare dgn dulu kecuali rambut dia skrg nampak lg elok berbanding dulu agak rosak
Quote rayna_raynes 3-8-2023 03:38 PM
ketambangkang replied at 3-8-2023 02:47 PM
entah2 muka ank dia tu mewarisi muka dia sebelum repair

muka anak2 dia menurun genetik belah laki dia
mcm diana dengan nadia


Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.301461 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top